Bapa Zayn Rayyan Rayu Sumbangan Orang Ramai Bantu Dirinya & Isteri Tampung Kos Perbicaraan
Kos perbicaraan melibatkan isterinya Ismanira Abdul Manaf di peringkat Mahkamah Tinggi.
Cover image via Raihana Mansor & @izzmanaf (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Zaim Ikhwan, Bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin memohon bantuan orang ramai untuk menampung kos perbicaraannya dan isteri, Ismanira Abdul Manaf di peringkat Mahkamah Tinggi
Menurut sebuah hantaran yang dilakukannya di Instagram, Zaim memaklumkan sejak kes pertuduhan bermula di Mahkamah Sesyen, mereka sudah membelanjakan kira-kira RM200,000 bagi menampung kos guaman dan urusan berkaitan mahkamah.
"Saya Zaim Ikhwan Zahari dengan rendah hati ingin merayu dan memohon jasa baik serta keprihatinan daripada saudara mara, rakan-rakan dan orang ramai untuk membantu saya dan isteri Ismanira Abdul Manaf dalam menampung kos di Mahkamah Tinggi.
"Sejak dari pertuduhan di Mahkamah Seksyen, kami telah berhabisan lebih kurang RM200,000 untuk kegunaan di mahkamah sahaja.
"Kini, kami memerlukan lebih kurang RM65,000 lagi untuk menampung kos di Mahkamah Tinggi pula," katanya.

Kos yang perlu ditanggung di luar kemampuan
Tambah Zaim dalam hantarannya terbabit, kos mahkamah dilihatnya sangat tinggi dan di luar kemampuannya.
"Saya merayu orang ramai untuk membantu menghulurkan sumbangan demi mendapatkan keadilan buat seluruh keluarga kami termasuk arwah Zayn Rayyan," katanya.
Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, kira-kira jam 10 malam.
Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang, sebelum ditemui terbaring kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



