Bapa Suspek Tikam Di Sekolah Tak Sanggup Berhadapan Dengan Ibu Bapa Mangsa

Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di Bandar Utama ditikam hingga mati oleh seorang pelajar lelaki.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & Threads
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bapa kepada remaja lelaki berusia 14 tahun yang kini dalam tahanan polis didakwa membunuh seorang pelajar perempuan semalam berkata hatinya remuk dengan perbuatan anaknya

Menerusi laporan Berita Harian, lelaki berusia 40 tahun itu berkata dia tidak menyangka anaknya mampu melakukan sebarang kelakukan keganasan seperti itu.

Enggan namanya didedah, dia memaklumkan anaknya disifatkan sebagai seorang yang pendiam dan introvert.

Katanya, dia sedar bahawa tiada sebarang permohonan maaf yang cukup untuk menebus apa yang sudah berlaku.

"Saya tahu apa sahaja yang saya katakan sekarang tidak memberi sebarang makna.

"Tidak kira apa yang saya lakukan, ia tidak akan mengembalikan anak perempuan mereka. Saya tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan mereka," katanya.

SAYS.com
Image via Threads

Suspek tidak pernah berkongsi bapanya mengenai mangsa

Mengimbas kembali sebelum kejadian, bapa pelajar lelaki terbabit berkata hari itu bermula seperti biasa apabila dia menghantar anaknya ke sekolah pada sebelah pagi di samping melihat  anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda perlakuan yang luar biasa.

Menurutnya, walaupun prestasi akademik anaknya lemah dan mungkin tidak begitu memberi perhatian dalam kelas, dia dimaklumkan secara umumnya bukan seorang yang suka membuat masalah.

Tambahnya, anaknya tidak pernah memaklumkan mengenai mangsa, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, kepadanya sebelum ini.

"Anak saya seorang yang pendiam dan introvert. Walaupun ada sesuatu berlaku di sekolah – sama ada dia dibuli atau tidak – dia tidak akan memberitahu saya.

"Saya tahu berkata apa-apa sekarang sudah tidak berguna. Tiada apa yang boleh mengembalikan anak perempuan mereka," katanya.

Kejadian berkenaan dikatakan memberi tamparan hebat kepadanya dan hatinya sangat hancur dengan apa yang telah dilakukan oleh anaknya itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: