Bapa Dakwa Anak Kena Buli Sebab Tak Benarkan Kertas Peperiksaannya Ditiru Rakan Sekelas

Perkara tersebut dipercayai memberi kesan emosi kepada anaknya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Linkedin & Utusan
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga didakwa dibuli secara emosi hanya disebabkan tidak benarkan kertas peperiksaannya ditiru

Menerusi laporan Sinar Harian, bapanya, Mohd Anas Sudin berkata anak perempuannya mendakwa dia sering dihina dan diejek dengan panggilan 'kacip' sehingga membuatkannya tidak mahu lagi pergi ke sekolah.

"Saya pelik juga sebab dia selalu beritahu tidak mahu pergi ke sekolah dan minta ditukarkan ke sekolah lain.

"Anak pada awalnya tidak mahu menceritakan sebabnya, namun selepas dipaksa beberapa kali, dia akhirnya mengaku sering diganggu rakan sekelas sejak tidak membenarkan meniru kertas peperiksaannya," katanya.

Mohd Anas memberitahu, anaknya turut telah membuat aduan kepada guru disiplin berhubung perkara itu malangnya tiada tindakan diambil dan dia terus diganggu.

"Anak saya jadi tidak bersemangat untuk belajar dan saya sebagai bapa turut terkesan dengan keadaan itu.

"Jadi saya berbincang dengan isteri untuk membuat permohonan memindahkan anak ke sekolah lain, tetapi prosesnya agak sukar kerana tidak mendapat kerjasama daripada pihak sekolah yang memberi alasan guru besar tiada," katanya.

SAYS.com

Surat pertukaran sekolah yang dihantar Mohd Anas kepada pihak sekolah.

Image via Sinar Harian

Anak kelihatan kembali ceria selepas dapat pindah sekolah

Menurut Mohd Anas, dia telah meminta anaknya membuat laporan polis selain bertujuan mempercepatkan lagi urusan pertukaran sekolah bagi tujuan keselamatan.

Katanya, dia bersyukur kerana tidak lama selepas itu permohonan pertukaran sekolah diluluskan dan kini anaknya dilihat lebih gembira.

"Anak saya sangat gembira apabila dapat berpindah ke sekolah lain dan saya kembali melihat semangatnya untuk belajar bersungguh-sungguh.

"Bila terjadinya kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir itu, saya teringat kembali apa yang terjadi kepada anak saya.

"Walaupun anak hanya menjadi mangsa buli emosi, jika saya tidak bertindak awal mungkin ia akan memberi kesan yang lebih buruk," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: