Bapa & Anak Meninggal Dunia Dirempuh Kereta Ketika Dalam Perjalanan Mahu Ke Masjid
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Cover image via Nor Fazzlan (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang bapa dan anaknya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Masjid At-Taqwa yang terletak di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, Kampung Padang Landak malam tadi
Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad@Abu dalam satu kenyataan media berkata, mangsa, Mohd Nazri Mohd Nor, 59, yang juga imam masjid, dan anak lelakinya, Muhammad Hamas, 25, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Besut akibat daripada kemalangan tersebut.
Beliau memberitahu, pihak polis menerima maklumat dari Hospital Besut berhubung kematian dua orang lelaki susulan kemalangan membabitkan dua kenderaan kira-kira jam 10.30 malam.
"Hasil siasatan dijalankan mendapati kemalangan membabitkan sebuah motosikal Honda yang ditunggang mangsa bersama anak lelakinya dengan kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun," katanya.
Image via Nor Fazzlan (Facebook)
Image via Nor Fazzlan (Facebook)
Dirempuh dari arah belakang ketika mahu melakukan pusingan U
Difahamkan, ketika itu Toyota Hilux berkenaan dilaporkan dalam perjalanan dari arah Jertih ke Padang Landak. Namun, sampai di tempat kejadian dia terlanggar motosikal Honda EX5 dari arah belakang.
"Ketika kejadian motosikal itu dilaporkan mahu membuat pusingan U dan mengubah haluan ke lorong tengah untuk ke Masjid At-Taqwa, di kiri jalan," katanya.
Akibat dari kemalangan itu penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.
"Kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Besut sementara itu pemandu Toyota Hilux tidak mengalami apa-apa kecederaan," katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pihaknya juga meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Shafiqqul Aliff Mohamad Sobri di talian 01110929400.
Image via Nor Fazzlan (Facebook)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

