Bantuan Tambahan RM10,000 Buat Waris Mangsa Terkorban, RM5,000 Kepada Mangsa Cedera – PM

Kerajaan turut bersetuju mengecualikan bayaran balik PTPTN bagi pelajar UPSI yang terkorban, manakala KPT sedang meneliti bantuan tambahan buat keluarga mangsa.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan tambahan kepada keluarga mangsa terkorban dan mangsa yang cedera

Menerusi sebuah hantarannya di Facebook, Anwar menyatakan bantuan RM10,000 akan disalurkan kepada keluarga mangsa terkorban manakala RM5,000 untuk mangsa yang cedera.

"Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk menyalurkan bantuan tambahan sebanyak RM10,000 kepada waris mangsa yang terkorban dalam tragedi nahas bas di Gerik, kelmarin.

"Bantuan berjumlah RM5,000 pula akan disalurkan kepada mangsa yang cedera.

"Semoga keluarga dan mangsa yang terkesan dalam insiden yang menyayat hati ini diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan yang amat berat ini," tulisnya.

Image via Utusan

Agensi-agensi lain turut menyalurkan bantuan

Menerusi laporan Harian Metro, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan akan menyalurkan bantuan awal RM2,000 dan bantuan bencana RM1,000 kepada waris mangsa yang terbabit dalam tragedi itu.

Selain itu, kerajaan Perak mengumumkan sumbangan bantuan awal berjumlah RM1,000 kepada waris setiap mangsa kemalangan.

Kerajaan Terengganu pula memaklumkan akan memberi bantuan one-off RM3,000 kepada 15 keluarga mangsa yang maut.

Kerajaan Terengganu turut dilapor akan menyalurkan bantuan kebajikan sebanyak RM1,000 kepada 33 mangsa lain yang cedera dalam nahas terbabit.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: