Bantuan SARA Untuk Semua Dikreditkan Dalam MyKad Hari Isnin, 9 Februari Ini
Pastikan cip MyKad dalam keadaan baik kalau nak claim!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bantuan RM100 melalui MyKad kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan mula disalurkan bermula Isnin, 9 Februari ini
Menerusi laporan Bernama, inisiatif yang diberikan melalui program SARA Untuk Semua itu sudah boleh disemak kelayakannya melalui portal sara.gov.my.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata peruntukan sebanyak RM2.2 bilion disediakan bagi memanfaatkan semua warganegara tanpa perlu membuat sebarang permohonan dan bantuan itu akan dikreditkan secara automatik ke MyKad penerima.
"Tiada permohonan diperlukan dan ia akan dikreditkan secara automatik ke MyKad masing-masing serta sah digunakan sehingga 31 Disember 2026," katanya.
Program berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bertujuan membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup melalui bantuan bersasar tanpa tunai.

Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Image via BernamaKerajaan sedang meneliti untuk memasukkan kategori barangan basah
Menurut Amir Hamzah, kerajaan masih menjalankan kajian lanjut berhubung cadangan memasukkan barangan basah sebagai kategori baharu di bawah program SARA bagi memastikan aspek kualiti, keselamatan makanan dan jaminan kepada pengguna sebelum sebarang keputusan dapat dimuktamadkan.
Beliau memaklumkan setakat 3 Februari lalu, jumlah rakan niaga SARA meningkat kepada 10,700 kedai di seluruh negara berbanding hanya 700 pada 2024, dan daripada jumlah itu 3,000 adalah peniaga kecil.
"Kami mendengar perutusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang menegaskan kami akan melebarkan lagi jaringan SARA dan disasarkan untuk tahun ini peningkatan untuk kedai runcit adalah sehingga 10,000 kedai.
"Ini juga akan mengurangkan liputan, dianggarkan jarak daripada kedai runcit yang terdekat kepada seorang penerima itu akan berkurang daripada 10 kilometer (km) kepada tujuh km," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 