Bantuan RM600 Bukan Untuk Semua Warga Emas – Pejabat Perdana Menteri
Pastikan sahih dahulu sebelum percaya sesuatu maklumat!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pejabat Perdana Menteri menyangkal mesej tular di aplikasi WhatsApp mendakwa semua warga emas layak menerima bantuan bulanan RM600
Menerusi laporan FMT, mesej itu disifatkan sebagai sesuatu yang mengelirukan dan menyimpang daripada maklumat sebenar.
Menurut seorang pembantu perdana menteri, bantuan itu hanya disasarkan untuk warga emas dengan pendapatan isi rumah di bawah garis kemiskinan iaitu RM1,198 sebulan.
"Bantuan ini khusus untuk kumpulan warga emas yang layak, bukan untuk semua orang. Kategori lain ialah warga emas yang tinggal bersendirian tanpa sokongan kewangan," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Berita Harian SGTetap boleh membuat rayuan walaupun sudah melepasi tahap 'miskin tegar'
Terdahulu, orang ramai di media sosial mempersoalkan kesahihan mesej tular mendakwa semua warga emas akan menerima RM600 setiap bulan daripada kerajaan.
Walau bagaimanapun, mesej tersebut dilihat tidak jelas kerana tidak menyertakan sekali syarat had kelayakan penerima.
Difahamkan, hanya warga emas daripada isi rumah dengan jumlah pendapatan kurang daripada paras 'miskin tegar' layak menerima bantuan termasuk warga emas tanpa anak, sama ada tinggal bersendirian atau bersama saudara-mara atau penjaga.
Bagaimanapun, warga emas dengan pendapatan melebihi had kemiskinan tegar boleh membuat rayuan bagi pertimbangan khas, tertakluk kepada keadaan mereka.
Mengikut takrifan Jabatan Kebajikan Masyarakat, kategori 'miskin tegar' ialah isi rumah berpendapatan kurang daripada RM1,198 sebulan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 