Terpaksa Jalan 200 Meter Demi Air Bersih, Wanita Tekad Ubah Hidup Orang Asli Yang Daif Ini

Mereka tiada pilihan lain dengan meminum air dari sungai yang kotor untuk meneruskan kehidupan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via NGOhub
Logo

Di Malaysia, golongan Orang Asli selalu dipandang sepi oleh orang ramai

Sesetengah masyarakat menganggap golongan Orang Asli ini seperti tidak wujud. Tidak kiralah betapa banyak program kesedaran dibuat tentang Orang Asli, mereka masih lagi tidak mendapat perhatian yang sepatutnya.

Malah, tempat tinggal mereka yang kebanyakannya di pedalaman menjadikan orang ramai sukar untuk menemui dan mengenali golongan ini dengan lebih dekat. Hal ini menyebabkan masyarakat tidak begitu tahu tentang kepayahan hidup yang perlu mereka tempuhi setiap hari.

Image via null

Kehidupan seharian Orang Asli sememangnya berbeza jika dibandingkan dengan kita semua

Walaupun zaman kini serba moden, kebanyakan Orang Asli masih lagi tidak mempunyai akses kepada kemudahan asas seperti makanan, bekalan air bersih, pakaian, tempat tinggal, elektrik, dan macam-macam lagi.

Sama juga seperti Orang Asli Kampung Shah RPS Kemar di Gerik, Perak ini yang hidup tanpa akses kepada bekalan air bersih sejak bertahun-tahun. Kehidupan mereka berisiko kerana mereka terpaksa berjalan sejauh 200 meter melalui tebing sungai semata-mata untuk mendapat bekalan air.

Image via NGOhub

Seorang sukarelawan, Noor Azlina dari Poss RPS Kemar ingin mengubah nasib penduduk Orang Asli di situ

Menurutnya, penduduk di situ tiada pilihan lain dengan meminum air dari sungai yang kotor untuk meneruskan kehidupan dan melakukan aktiviti harian seperti mengambil air minuman dan membasuh pakaian.

Ini boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan dan keselamatan mereka memandangkan mereka terdedah kepada penyakit akibat daripada meminum air yang tercemar.

Image via NGOhub

Noor Azlina menerusi laman NGOhub bersedia membantu masyarakat Orang Asli menjadi lebih baik kerana kebanyakan mereka masih tinggal di kawasan luar bandar tanpa air bersih, makanan dan elektrik.

Lebih menyedihkan, kaum wanita, terutamanya ibu-ibu mengandung kadang kala tiada pilihan lain selain merisikokan diri mereka berjalan sejauh 400 meter pergi dan balik

Untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih, Azlina mencadangkan dan sedang berusaha untuk membina saluran air bersih buat penduduk di situ.

Kelengkapan bahan binaan saluran paip air adalah seperti berikut:

Image via NGOhub

Image via NGOhub

Goal 1 – Paip poli (6 saiz yang berbeza). Jumlah diperlukan: RM11,400.00

Goal 2 – Penyambung paip (7 saiz yang berbeza). Jumlah diperlukan: RM1,780.00

Goal 3 – PVC. Jumlah diperlukan: RM20.00

JUMLAH KESELURUHAN: RM13,200

Inisiatif ini akan meringankan beban penduduk sekitar untuk mendapatkan bekalan air bersih selain mengurangkan risiko penyakit bawaan air seperti taun, hepatitis A dan keracunan makanan

Sekiranya masalah bekalan air bersih ini dapat diatasi, masyarakat Orang Asli di Kampung Shah RPS Kemar akan dapat menjalankan aktiviti harian mereka dengan lebih selamat.

Di samping itu, Azlina turut membangunkan sebuah pusat sumber bagi memudahkan aktiviti seharian mereka dan menerima sumbangan tak kira dari segi apa pun seperti buku kanak-kanak, bantuan makanan, dan lain-lain.

Image via NGOhub

Ketika artikel ini ditulis, projek ini baru mengumpul dana sebanyak RM10 daripada jumlah RM13,200 yang diperlukan

Image via NGOhub

Azlina amat memerlukan bantuan rakyat Malaysia bagi merealisasikan impiannya membantu golongan Orang Asli di Kampung Shah RPS Kemar ini.

Tanpa sokongan kita semua, pasti sukar untuk Orang Asli di situ mendapat bekalan air bersih yang sangat penting untuk menjalankan aktiviti seharian mereka.

Ayuh rakyat Malaysia, jom sokong inisiatif mulia ini

Mereka layak mendapatkan masa depan yang lebih baik. Untuk memberi sumbangan, layari laman web NGOhub atau hubungi Noor Azlina menerusi telefon seperti yang tertera pada laman web tersebut.

Image via NGOhub

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Masyarakat Orang Asli di RPS Kemar benar-benar hidup dalam kedaifan:

Anda juga boleh menjadi sukarelawan!

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: