Bank-Bank Malaysia Tawar Diskaun Kepada Pelanggan Buat Penyelesaian Awal Perjanjian Sewa-Beli

Tawaran ini dijangka akan bermula pada suku tahun pertama 2026.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kaizer & Kosmo!
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bank di Malaysia akan menawarkan diskaun ihsan (goodwill discounts) kepada pelanggan yang membuat penyelesaian awal bagi perjanjian sewa beli kadar tetap sedia ada

Menerusi laporan Bernama, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) dalam kenyataan bersama berkata inisiatif ini bertujuan menyokong pelanggan yang terjejas menjelang pelaksanaan Akta (Pindaan) Sewa Beli (HPAA).

Menurut pihak-pihak tersebut, diskaun ihsan itu akan ditawarkan bagi penyelesaian awal semua kontrak sewa beli kadar tetap sedia ada, termasuk yang menggunakan kaedah Peraturan 78.

Mereka menjelaskan bahawa di bawah HPAA, kadar rata dan kaedah Peraturan 78 akan dimansuhkan bagi pelanggan baharu, sekali gus menandakan perubahan ketara dalam kaedah pengiraan pembiayaan sewa beli.

Bagi memastikan keadilan kepada pelanggan yang sudah menandatangani perjanjian sebelum HPAA berkuat kuasa atau dalam tempoh penangguhan yang dibenarkan, industri perbankan akan menyediakan diskaun tanggung rugi bagi penyelesaian awal perjanjian berkenaan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via NSTP/Yazit Razali

Langkah yang mencerminkan komitmen industri dalam memastikan pelanggan berasa disokong dan dihargai sepanjang tempoh peralihan tersebut

Inisiatif itu juga bertujuan memberikan layanan setara kepada pelanggan sedia ada dengan apa yang bakal dinikmati pelanggan baharu di bawah kerangka pembiayaan yang disemak semula

Program diskaun ihsan itu akan bermula sebaik sahaja HPAA berkuat kuasa, yang dijangka pada suku pertama 2026. Industri perbankan akan memaklumkan perkembangan berkaitan kepada orang ramai apabila tarikh kuat kuasa dimuktamadkan.

Persatuan itu menjelaskan bahawa pelanggan yang terus membuat pembayaran mengikut jadual sehingga tamat tempoh tidak akan terjejas oleh kaedah Peraturan 78. Pelanggan hanya perlu meneruskan bayaran seperti dipersetujui dan tidak perlu mengambil sebarang tindakan tambahan.

Sebaik sahaja HPAA berkuat kuasa, pelanggan disaran melayari laman web rasmi bank, hadir ke cawangan atau menghubungi institusi perbankan masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kelayakan serta prosedur permohonan diskaun ihsan, selain mengikuti pengumuman daripada persatuan industri.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: