Band Lokal Tarik Balik Lagu Keluar Dari Spotify, Bukan Sebab Harga Naik Tapi Solidariti Untuk Palestin
Pengumuman kenaikan harga pelan langganan Spotify baru-baru ini telah menimbulkan banyak ketidakpuashatian pelanggannya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Band rock tempatan, Jemson tekad menarik keluar semua lagu-lagunya dari platform penstriman lagu Spotify
Menerusi perkongsian kumpulan muzik itu di Instagram, tindakan tersebut dilakukan atas beberapa sebab dan yang paling utama adalah disebabkan tindakan CEO Spotify melabur USD1 Bilion kepada syarikat senjata yang dipercayai memberi bekalan kepada Zionis.
Antara sebab lain adalah kadar bayaran yang diterima artis yang menyumbang lagu di platform tersebut adalah rendah iaitu dalam lingkungan USD0.003 hingga USD0.005 untuk sekali lagu dimainkan.
Mereka bertegas tidak akan bersubahat dengan platform yang menyalurkan wang kepada entiti mencetuskan peperangan.

Ambil masa untuk mengeluarkan semua lagu dari Spotify
Menurut band tersebut, tindakan tersebut akan mengambil proses menjelaskan mengapa masih ada lagi lagu mereka di platform terbabit.
"Mungkin ada yang dah perasan album terbaru kami JSM dah takde kat Spotify. Kami juga dalam proses untuk tarik balik semua katalog kami dari platform tersebut.
"Muzik kami masih hidup di platform lain, dan juga dalam bentuk CD. Mungkin ni masa yang sesuai untuk fans, Ahlul-JSM buat pertukaran.
"Kami takkan bersekongkol dengan pembunuhan kanak-kanak, atau jadi sebahagian daripada mesin perang genocide. Terima kasih," tulis mereka.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 