Bakal Temui Penonton Hari Raya Ini, Filem Babah Akan Ditayangkan Di Netflix Mulai 1 April

Ready lah beli tisu untuk satu family tengok time raya nanti.

Cover ImageCover image via IMDb & @babahfilm (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Filem Babah bakal keluar di Netflix pada 1 April, Hari Raya ini

 Perkara itu dikongsikan oleh pelakon utama filem tersebut Qi Razali yang memegang watak Babah menerusi sebuah hantarannya di X.

Menurut Qi, ini merupakan filem pertamanya yang akan muncul di platform penstriman berkenaan.

Filem tersebut bakal menemui penonton pada 1 April ini bersamaan dengan tarikh Hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi.

Image via TikTok

Filem Babah sebelum ini telah mendapat sambutan hebat disebabkan kisahnya yang membuatkan penonton boleh relate dengan pengorbanan seorang bapa

Filem Babah membawa kisah Isyak, lakonan Qi Razali dalam membesarkan anak perempuannya Maya.

Kisah ini menjadi lebih mendalam apabila berlaku konflik antara Isyak dan Maya semasa Maya berada di alam remaja.

Antara pelakon lain yang ada dalam filem ini Sweet Qismina, Cristina Suzanne, Adam Lee dan Kis Aisha.

Sebelum ini, filem tersebut telah mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila ramai penonton memberikan reaksi positif terhadap filem ini di samping ia mendapat rating 7/10 di IMDb, sebuah rating yang boleh dikatakan tinggi untuk filem tempatan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: