Bakal Mahasiswa Kini Boleh Pilih Kursus Yang Memiliki Kebolehpasaran Tinggi Di UPUOnline
Macam ini baru bagus!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sistem UPUOnline yang sudah dinaiktaraf kini memberi pilihan kepada bakal mahasiswa untuk memilih kursus memiliki peluang kebolehpasaran tinggi
Menerusi laporan Berita Harian, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berharap bakal mahasiswa akan menggunakan kemudahan itu sebaiknya dalam memilih kursus yang membolehkan mereka mendapat peluang pekerjaan yang baik.
"Kementerian sedar mengenai isu kebolehpasaran yang terus membelenggu graduan hari ini.
"Di peringkat UPUOnline, kita sudah naik taraf sistem berkenaan, dimana pelajar kita boleh memilih mana-mana kursus yang kebolehpasarannya tinggi.
"Jadi kita harap mahasiswa akan memilih kursus yang ada masa depannya," katanya.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Ts Mustapha Sakmud bercakap pada Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.
Image via BernamaJawatankuasa panel ditubuhkan meneliti tahap kebolehpasaran kursus-kursus yang disediakan
Mustapha berkata, di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), satu jawatankuasa panel sudah ditubuhkan bagi meneliti tahap kebolehpasaran kursus-kursus yang ditawarkan di universiti awam (UA).
"Panel yang kita libatkan dalam membentuk saringan itu terdiri daripada wakil TalentCorp, JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam), Unit Perancangan Ekonomi dan PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial).
"Selain itu, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan badan profesional lain, kita mahu pastikan graduan yang kita lahirkan dapat bersaing dengan rakan mereka di universiti swasta," katanya.
Menurutnya, Majlis Penasihat Industri-Universiti (IAP) memainkan peranan penting memastikan program akademik ditawarkan oleh UA adalah relevan dan dapat menghasilkan graduan yang mempunyai kebolehpasaran tinggi.

Gambar sekadar hiasan.
Image via UMPImage viaKPT giat bendung penawaran bidang yang tidak selari dengan keperluan semasa industri
Tambah Mustapha, KPT turut mempergiat usaha dalam membendung isu ketidaksepadanan penawaran bidang di universiti dengan keperluan semasa industri.
"Antaranya, kerjasama bersama industri melalui pelaksanaan program seperti CEO@Faculty, CEO@PolyCC, Industry on Campus (IOC), On Job Training (OJT) di kampus, Industry Education Centre, Industry@University dan Structured Internship Programme (SIP).
"Program-program ini bertujuan untuk mempersiapkan graduan dengan kemahiran yang diperlukan seiring dengan keperluan industri semasa," katanya.
Menurutnya lagi, KPT menerusi UA juga sudah menandatangani beberapa memorandum persefahaman (MoU) dengan pihak industri dan agensi berkepentingan.
"Contohnya dengan Intel, Infineon, NVIDIA Corporation, Huawei,SKYGlobal Apprenticeship Programme serta Turkish Aerospace Industries in Ankara, Turkiye," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 