Bakal Jadi Tarikan Pelancong, Pasar Terapung Baharu Ala Hatyai Akan Dibuka Di Sepang

Wah, menarik ni!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak lama lagi, pasar terapung bakal diperkenalkan di Kampung Labu Lanjut di Sepang, Selangor sebagai produk pelancongan komuniti yang baharu untuk pelancong domestik dan antarabangsa

Menurut laporan Harian Metro, konsep pasar terapung itu adalah tiga cadangan projek ekonomi dikemukakan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Labu Lanjut.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah berkata, pengenalan konsep pasar terapung itu berpotensi menjana ekonomi penduduk setempat sekali gus dapat menaikkan nama Selangor di peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, lokasi kampung itu yang berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 juga memberi kelebihan untuk menjayakan konsep pasar terapung itu.

Datuk Borhan Aman Shah (empat dari kanan) mewakili Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan kepada wakil penduduk Kampung Labu Lanjut pada Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat Madani di Kampung Labu Lanjut.

Image via Harian Metro

Pasar terapung juga mungkin diperkenalkan di sebelah utara Selangor

"Kemungkinan bukan sahaja di Sepang, pada masa akan datang mungkin diperkenalkan (pasar terapung) di sebelah utara Selangor.

"Di Sabak Bernam yang mempunyai sungai di Sekinchan dan sebagainya. Jadi, saya yakin dan percaya dengan usaha ini akan memberi satu impak yang baik dari segi ekonomi setempat," katanya.

Terdahulu, beliau berkata pemilihan Kampung Labu Lanjut sebagai Kampung Angkat Madani Akademi Kenegaraan Malaysia menandakan permulaan kepada satu inisiatif pembangunan akar umbi.

"Kerajaan Madani memperuntukkan sehingga RM1 juta bagi setiap kampung yang terlibat dalam program ini.

"Ini adalah pelaburan besar yang mencerminkan iltizam kerajaan untuk membina pembangunan yang menyeluruh bukan hanya kepada infrastruktur fizikal, tetapi juga dari segi sosial, ekonomi dan nilai kemanusiaan," katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: