Baju Melayu ‘Hipster’ Kembali, Kini Dengan Seluar Corak-Corak Dan Kain Pelikat
Hipster di mana-mana!
Cover image via Instagram @zeryzamryofficialTahun 2015, kita ada ini…
Image via Instagram @zeryzamryofficial
Image via Instagram @zeryzamryofficial
Image via Instagram @zeryzamryofficial
Ini baru sikit. Nak lagi boleh klik [sini](http://says.com/my/seismik/baju-melayu-moden-tak-masuk-akal).
Tahun 2016 pula, kita ada ini…
Image via Instagram @zeryzamryofficial
Image via Instagram @zeryzamryofficial
Image via Instagram @zeryzamryofficial
Amacam? OK ke KO?
Baju Melayu Hipster kini kembali! Pereka fesyen Zery Zamry yang mencipta fenomena tahun lalu sekali lagi tampil dengan rekaan terbaru yang lebih fresh!
Image via Instagram @zeryzamryofficial
Tahun lepas, Zery Zamry mencipta fenomena dalam industri fesyen tempatan apabila mengeluarkan rekaan 'kontroversi' [Baju Melayu Hipster](http://says.com/my/seismik/baju-melayu-hipster-fesyen-raya-2015-yang-lagi-panas-daripada-pisang-goreng). Zery Zamry begitu berani memperbaharui konsep asal Baju Melayu yang tampak bosan dengan rekaan dan potongan yang sama.
Sentuhan segar daripada pereka fesyen muda ini membuktikan bahawa pengubahsuaian pakaian boleh berlaku dengan adanya idea baru untuk ditampilkan, asalkan ianya masih mengekalkan konsep asal dan juga tidak mengubah nilai etnik sesebuah pakaian berkenaan.
Image via Instagram @zeryzamryofficial
Maklumlah, zaman sekarang ni lelaki pun dah mula ada fashion sense dan lebih terbuka kepada budaya pemakaian yang trendy dan moden
Image via Instagram @zeryzamryofficial
Zaman sudah berubah. Para jejaka pun sekarang sudah mula menjaga penampilan dan ingin nampak berbeza daripada sebelumnya. *Trend* ini diperlihat sendiri oleh Zery Zamry dan beliau merasakan sudah tibanya untuk memberi nafas baru kepada pakaian lelaki.
Jujurnya, tidak ramai pereka fesyen yang berani menampilkan koleksi baju Melayu dengan sentuhan baru kerana dikhuatiri mengganggu elemen warisan tradisionalnya.
Image via Instagram @zeryzamryofficial
Kali ini juga, Zery Zamry ingin mengembalikan zaman kegemilangan permakaian kain pelikat dikalangan orang-orang sekarang
Image via Instagram @zeryzamryofficial
Image via Instagram @zeryzamryofficial
Tidak mahu terikat dengan konsep kain pelikat lama yang selalu kita nampak, Zery Zamry menambah sisi tampan si jejaka dengan merevolusikan pakaian tradisional ini dengan menjadikannya lebih segak dan kemas untuk dipakai.
Sentuhan moden ini diberi agar kain pelikat diberi lebih perhatian oleh masyarakat muda zaman sekarang. Rekaan seumpama ini juga merupakan yang pertama di Malaysia.
Rekaan Baju Melayu Hipster ini datang dalam pelbagai warna daripada yang terang hingga kepada warna lembut dan konservatif, sekali gus menjadikannya lebih meriah dan nampak berani
Image via Instagram @zeryzamryofficial
Walaupun baju Melayu berpotongan tradisional berleher cekak musang atau teluk belanga masih menjadi pilihan ramai, Zery berjaya mengubah pandangan orang ramai dengan membawakan rekaan baju Melayu moden kontemporari.
Masih mengekalkan ciri tradisional baju Melayu, Hipster mengetengahkan pelbagai warna dan corak moden seperti corak geometri, grafik moden, paisley dan lain-lain. Konsep yang ditampilkan juga tidak keterlaluan, malah rekaan ini turut memberi penampilan minimalis kepada si pemakai.
Image via Instagram @zeryzamryofficial
Bagi sesiapa yang berminat dan masih belum beli baju Raya, boleh dapatkan Baju Melayu Hipster di [Instagram Zery Zamry](https://www.instagram.com/zeryzamryofficial/). Stok adalah terhad!
Apa kata orang ramai? Well, ada yang menyokong dan ada juga yang mengutuk.
Pendapat anda pula bagaimana?
Image via Rizal Hakimm/Facebook
Image via Rizal Hakimm/Facebook

