Baju Jadi Rosak & Koyak, Ramai Ibu Bapa Luah Rasa Kecewa Dengan Kualiti Pin Jalur Gemilang

Untuk rekod, pemakaian lencana Jalur Gemilang ini sudah berkuatkuasa bermula 21 April yang lepas.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @leeza.mk (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai ibu bapa luah rasa kecewa dengan kualiti pin Jalur Gemilang yang diberi kepada anak mereka

Susulan penguatkuasaan pemakaian Jalur Gemilang untuk setiap pelajar, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membekalkan pin lencana Jalur Gemilang di sekolah-sekolah.

Namun begitu, pemakaian pin ini terhadap pelajar menimbulkan keresahan kepada para ibu bapa yang kecewa akan kualiti pin diberikan kepada anak-anak mereka.

Lihat antara komen para ibu bapa di bawah:

Image via Facebook

Image via Facebook

Image via Facebook

Image via Facebook

Seorang ibu berkongsi kekecewaannya terhadap kualiti pin Jalur Gemilang yang telah diwajibkan dipakai oleh murid sekolah

Menerusi video perkongsian @leeza.mk di TikTok, dia yang juga merupakan seorang ibu meluahkan rasa kecewa terhadap kualiti pin Jalur Gemilang yang diterima.

"Bendera Malaysia memang sepatutnya ditampal di dahi-dahi yang lupa macam mana reka bentuk Jalur Gemilang.

"Tapi kalau tampal di baju sekolah pun saya setuju, yang tak setuju tu, siapa punya projeklah tak check kualiti produk.

"Kan bagus kalau bendera Malaysia yang material tampal tu saja, baju pun tak rosak," tulisnya.

Image via TikTok

Kekecewaan diluahkan disebabkan pin tersebut menyebabkan kerosakan berlaku pada baju

Jelas kekecewaan dapat didengari semasa ibu berkenaan menunjukkan kesan rosak dan koyak pada baju anaknya disebabkan pin terbabit.

"Ni tengok ni, siapa punya projek, ni tengok sampai koyak baju anak ni, dahlah baru beli baju ni," katanya di dalam video tersebut.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, ibu berkenaan turut menjelaskan kualiti yang ada pada pin ini berbeza dengan pin yang lain.

"Material tak sama, dulu pin tebal dan panjang, dulu pin dekat poket kain dua lapis, ni pin terus ke baju yang satu lapis je, nampak sama tapi tak serupa.

"Bukan pasal duit je, material baju dan kualiti pin bendera dan name tag masa waktu dulu tak sama dengan sekarang, name tag dulu tebal, tajam dan panjang, yang ni pula pin terlalu nipis, tumpul & pendek," tulisnya.

@leeza.mk Bendera malaysia mmg sepatutnya ditampal di dahi² yg lupa mcm mn reka bentuk jalur gemilang.. Tapi kalau tampal di baju sekolah pun sy setuju, yg x setuju tu.. sape punya project la x check quality product.. kan bagus kalau bendera malaysia yang material tampal tu aje.. Baju pun x rosak.. Tahun ni free la kan.. tahun depan confirm kena bayar sendiri kan ? #benderamalaysia #koyak original sound – Leeza MK

Pemakaian lencana Jalur Gemilang ini sudah berkuatkuasa bermula 21 April yang lepas

Lencana Jalur Gemilang ini dibekalkan kepada setiap pelajar secara percuma bermula 21 April ini secara berperingkat.

Inisiatif ini membabitkan semua institut di bawah kelolaan KPM termasuk sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Image via KPM

Image via KPM

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: