#Bajet2023: Kerajaan Bakal Perkenal Semula Cukai Barangan Mewah Mulai Tahun Ini

Cukai akan dikenakan kepada segala jenis barangan mewah.

Enlarge text
Logo

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pengenalan semula cukai barangan mewah dalam sesi pembentangan Bajet 2023 hari ini

Kerajaan mengambil pendekatan lebih progresif sebagai langkah baru meluaskan asas cukai kepada mereka yang berkemampuan.

Cukai ini dikenakan kepada segala jenis barangan mewah termasuk jam, beg tangan, aksesori dan barangan fesyen lain.

Selaras amalan terbaik antarabangsa, Kerajaan akan mengkaji untuk memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai tahun 2024 pada kadar yang rendah.

Kerajaan akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkaitan untuk meneliti perincian cadangan ini.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Redaksi

Image via null

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: