Selfie Lucah Dengan Bahulu ‘Batang Hulu’ Jadi Viral, Wanita Ini Buat Laporan Polis
Sekali dah masuk Internet, selama-lamanya akan ada dalam Internet.
Cover image via Forum CariUmum mengetahui, apa-apa informasi sekalipun pada zaman sekarang memang sangat mudah untuk disebarkan kepada khalayak ramai.
Kalau sesuatu itu lain daripada yang lain dan ada unsur kontroversi, lagilah cepat tersebar.
Terbaru, satu selfie seorang wanita memegang kuih bahulu berbentuk zakar telah dikongsi secara meluas di laman sosial
Maklumlah, zaman sekarang ini orang memang suka dengan benda-benda yang *rare* dan unik. **Harus diakui, kuih bahulu berbentuk zakar ini sememangnya sukar ditemui**.
Namun begitu, melihatkan kepada bentuknya yang tak ubah seperti kemaluan lelaki, ia **mungkin tidak sesuai untuk dijual di pasaran Malaysia**.
Seperti yang dijangka, gambar terbabit menerima kutukan yang agak dahsyat sebaik menjadi viral. Ramai menganggap tindakan selfie oleh wanita itu memang tak boleh diterima.
Image via Astro Awani/Facebook
Menyedari gambarnya dikongsi secara berleluasa, wanita tersebut, Faridah Ulis atau dikenali sebagai Mamadot segera membuat laporan polis. Dia mendakwa penyebaran gambar itu telah mengaibkannya.
Pada Rabu, 17 Februari 2016, **Faridah Ulis**, 45, membuat laporan itu di Balai Polis Pusat Miri pada pagi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada sebelah petang.
Faridah mendakwa gambar itu **disebarkan tanpa kebenarannya**. Beliau memberitahu bahawa pada mulanya selfie berkenaan hanya bertujuan untuk **dikongsi kepada rakan-rakannya di Facebook**.
Walau bagaimanapun, ada **dalang** yang bertindak untuk menyebarkan gambar tersebut sehingga mengaibkan dirinya.
Image via Faridah Ulis/Facebook
"Niat sebenar saya membuat laporan polis dan SKMM adalah untuk mencari dalang yang berkongsi gambar selfie saya tanpa kebenaran," jelas Faridah kepada Bernama.
Faridah bagaimanapun berterima kasih kepada mana-mana pihak yang sentiasa menyokong dan mengambil berat terhadap dirinya
Image via Faridah Ulis/Facebook

