Bahaya Penularan Penyakit Tibi, Ini Langkah Pencegahan Yang Wajib Anda Buat

Jaga-jaga semua!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Britannica & FMT
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini tular penularan kes Tuberkulosis (Tibi) di Kota Tinggi, Johor yang kian mendapat perhatian ramai

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah mengesahkan satu kejadian wabak Tibi di sebuah lokaliti di daerah Kota Tinggi pada 25 Januari lalu.

Sehingga semalam, 4 Februari 2026, sebanyak 33 kes dikesan melalui aktiviti pengesanan kes secara aktif kepada 804 orang kontak rapat.

Perkara ini perlu diambil perhatian ramai kerana ianya merupakan sebuah penyakit yang boleh membawa maut jika tidak menerima rawatan.

Apa tanda-tanda dan gejalanya?

Juga dikenali sebagai batuk kering, penyakit berjangkit ini berpunca daripada bakteria Mycobacterium tuberculosis sp yang merebak melalui udara, batuk, bersin dan perbualan secara bersemuka.

Berikut adalah tanda dan gejalanya:

  • Batuk melebihi dua minggu
  • Demam
  • Susut berat badan
  • Batuk berdarah
  • Hilang selera makan

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Science The Wire

Apa yang perlu dibuat untuk mencegah daripada dijangkiti?

Berikut adalah langkah pencegahan yang anda boleh amalkan untuk mengelak daripada terkena jangkitan:

  • Kerap cuci tangan dengan air dan sabun
  • Elakkan daripada menyentuh bahagian mata, hidung dan mulut
  • Sentiasa pakai pelitup muka di kawasan penularan
  • Sentiasa amalkan penjarakan fizikal

Jika anda sudah disahkan dijangkiti, pastikan untuk sentiasa jalani rawatan mengikut janji temu yang telah ditetapkan dan tidak berhenti mengambil dos ubat dan arahan daripada doktor yang merawat.

Pastikan juga anda amalkan pemakanan yang seimbang, tidur yang cukup, bersenam dan tidak merokok.

Jika gejala Tibi semakin teruk, terus dapatkan rawatan segera dan beritahu doktor anda merupakan penghidap Tibi.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Healthline

Apa proses saringan yang akan dilalui?

Pemeriksaan dan saringan adalah penting kerana 5%-10% kontak Tibi berisiko mendapat Tibi dalam tempoh 2 tahun.

Tujuan pemeriksaan kontak membolehkan diagnosa dan rawatan awal diberikan sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

Berikut adalah golongan individu yang boleh terdedah dengan penyakit Tibi:

  • Tinggal serumah
  • Akrab dan kerap bertemu
  • Pernah bertemu dalam aktiviti sosial
  • Bersama dalam kenderaan semasa perjalanan
  • Dalam tempat kerja dan organisasi yang sama

Berikut adalah ujian dan saringan yang akan dilalui:

  • Pemeriksaan klinikal/gejala
  • Tuberculin Skin Test (TST)
  • Ujian IGRA (dengan persetujuan)
  • Ujian kahak mikroskopi
  • X-Ray dada

Jika disahkan dijangkiti Tibi, pesakit akan diberi rawatan selama 6 bulan. Jika disahkan Latent Tibi, pesakit akan diberi rawatan LTBI selama 6 bulan. Jika normal, pesakit akan melalui pemeriksaan selama 4 kali dalam tempoh 2 tahun.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: