Bahasa Isyarat Bakal Masuk Sebagai Subjek Tambahan Dalam Kurikulum Sekolah 2027

Kan best kalau dapat belajar bahasa isyarat masa sekolah dulu.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bahasa isyarat bakal diletakkan sebagai subjek tambahan dan boleh diambil murid sekolah rendah menjelang sesi persekolahan 2027

Menerusi sebuah hantaran Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan (KPM) di Facebook, perkara itu dimaklumkan menerusi kerangka kurikulum persekolahan untuk tahun 2027.

Hantaran tersebut berkongsi beberapa poster memaklumkan pelan dan perancangan yang bakal dilaksanakan dalam kurikulum persekolahan 2027.

Salah satunya adalah senarai mata pelajaran sekolah rendah yang turut menggariskan mata pelajaran Bahasa Isyarat sebagai mata pelajaran tambahan di samping menjadi mata pelajaran wajib bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

SAYS.com
Image via Bahagian Pembangunan Kurikulum

Menggantikan kurikulum standard yang lama

Pelan kurikulum ini akan menggantikan kurikulum yang terdahulu merangkumi sekolah rendah, pendidikan khas, sekolah menengah dan prasekolah.

"Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027) menggantikan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017), Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Semakan 2017), Kurikulum Standard Sekolah Menengah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas.

"Kurikulum Prasekolah 2026 dan Kurikulum Prasekolah 2026 (Pendidikan Khas) menggantikan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan:2017) dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Semakan 2017)," menurut perkongsian tersebut.

Lihat perkongsian penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: