Bagaimana Qu Puteh Berjaya Takluk Malaysia Dalam Masa Kurang 30 Hari
"Anda nak cantik, nak putih? Gunakanlah Qu Puteh, baru putih."
Cover image via www.asamboi.myJika sebelum ini Kak Ton dan Terlajak Laris mendapat perhatian, kini giliran Dato' Vida "Qu Puteh" pula mencuri tumpuan. Bagaimana fenomena Qu Puteh ini bermula?
Tagline "Terlajak Laris" yang digunakan pengasas D'Herbs, Dato' Aliff Syukri memang mengancam.
Image via null
Kalau tak silap, jenama Qu Puteh ini mula dikenali orang ramai semenjak pelakon jelita, Anzalna Nasir dilantik menjadi duta produk tersebut
Image via null
Kemudian, Qu Puteh mengorak langkah dengan menjadi salah satu penaja utama konsert Gegar Vaganza, yang turut menjadi viral disebabkan beberapa perkara seperti:
Image via null
**1.** Lamaran mengejut Hairul Azreen kepada Hanis Zalikha.
Image via null
Image via null
**2.** Isu peluk Ifa Raziah bersama Hisyam Hamid semasa membuat persembahan.
Tetapi, pada masa itu, orang ramai belum mula bercakap mengenai Qu Puteh. Barangkali kerana gimik Hairul Azreen dan Ifa Raziah lebih mendapat perhatian, sehingga Azwan Ali meluahkan sesuatu di Twitter.
Image via null
Selepas itu, muncul pula Anugerah Juara Lagu Ke-29 atau #AJL29 dan kali ini, Qu Puteh menjadi penaja utama. Menurut sumber, Dato' Vida melaburkan sejumlah RM3 juta untuk acara tersebut.
Image via null
Sesuai dengan pelaburan besarnya, jenama Qu Puteh dipromosikan dengan begitu agresif sepanjang acara berlangsung. Tidak cukup dengan iklan, Qu Puteh turut mendapat slot khas di dalam AJL29 serta tagline "Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih" turut diulang berkali-kali oleh pengacara majlis, AG dan Scha.
Walau bagaimanapun, promosi Qu Puteh di #AJL29 dianggap terlalu agresif sehingga menenggelamkan acara itu sendiri. Orang ramai hanya bercakap tentang Qu Puteh walaupun selepas pentas #AJL29 tamat.
Image via null
Pendapat ini turut dikongsikan Chef Wan di Instagram. Disebabkan promosi Qu Puteh yang keterlaluan, Chef Wan hanya tonton #AJL29 beberapa minit sahaja kerana jelak. Baca luahan penuh Chef Wan:
*I was trying to watch the Juara lagu last night over TV3. After a few minutes i just got so irritated by that Qu Puteh thing that went off my head over and over again that suddenly become a huge turn off that i actually went off to my living room and rest and decided not to watch the show at all.
There this penyakit with Msian TV station trying to hard sell a product on such a prestigious annual event that is completely a turn off that all other world TV station will never do!
Pekak ke atau buta ke kita ni penuntun jika di ajuk kan sekali dua bahan putih itu not to understand the product to the point the presenters pun nak menyebut dan permainkan benda tu over and over again. So distasteful.How can the branding and marketing dept of MediaP. Allowed such thing to go on?
I remembered years ago i had a big fight with the Nestle Team while doing my Maggi "Hey Good cooking" series. The head of Marketing bernama Jenny.
I was asked to mentioned Maggi in almost every line saya bercakap..Mketchup tomato..MKetchup Chili sauce..MKetchup sauce tiram etc…asal tertinggal Maggi kena repeat balik.
After a few show i got irritated and confronted her and her team. Its insane to mentioned so many time the word maggi ni as thought my penuntun di rumah tu Pekak!
Dah la logo Maggi tu sebesar2 yang amat di belakang saya tu.buta kan mata penuntun not to know my cookshow is sponsored by Maggi?
I was told by their marketing people since they paid me to do the job i should just follow what they say!
Wah masa tu darah saya menyirap…dah la atas meja tu mereka susun segala botol sauce..nescafe etc mcm "GreatWall of China"..u know what i " f…" all of them in their bloody face pushed all the botol on the floor habis pecah bersepai.Went back home and after that season refused to every cook with any Maggi product on TV ever2 again.biar pun sampai saya mati masuk ke lubang kubur!
That is why after that they took Chef Florence and Chef Ismail as their spokeman. For me Never again!Actually RTM lost alot of nestle revenue to be honest when i decided to walk away!
I hate being abused by people!*
Di laman sosial pula, Qu Puteh menjadi viral serta-merta dan hebat diperkatakan netizen. Masing-masing meluahkan rasa tidak puas hati sambil menyifatkan teknik promosi seperti itu menjengkelkan.
Tidak cukup dengan itu, Qu Puteh turut menjadi bahan troll di Internet. Lambakan ejekan diterjemah melalui gambar-gambar 'meme' yang cukup menjelaskan perasaan orang ramai mengenai produk tersebut.
Image via null
Image via null
Image via null
Selain 'meme', video-video parodi Qu Puteh juga dimuat naik. Tambahan lagi, Mr. Os turut tidak melepaskan peluang membuat satu video parodi. Saksikannya di bawah:
Namun begitu, berbeza pula pandangan Datuk Ramli MS. Menerusi satu status di Facebook, beliau menegur sikap sebahagian masyarakat yang sampai sekarang tak sudah-sudah pertikaikan penglibatan Qu Puteh dalam #AJL29.
Image via null
Bagaimana pula respon Dato' Vida?
Image via null
Disebalik tohmahan yang diterima daripada orang ramai, bagaimana pula kesan promosi agresif Qu Puteh selepas #AJL29 tamat?
Image via null
Ditanya apakah reaksinya selepas dicemuh masyarakat, beliau mengakui terkejut dengan sindiran-sindiran yang dilemparkan namun beliau menerima dengan hati yang terbuka
Image via null
Tahukah anda, pada tahun 2013, Dato' Vida kehilangan dua cahaya mata kesayangannya dalam satu insiden tragik melibatkan nahas kebakaran di rumahnya?
Image via null
Image via null
Image via null

