Badminton Akan Beralih Kepada Permainan 15 Mata, Ini Yang Anda Kena Tahu Mengenai Peraturan Baharu BWF

Peraturan baharu ini dijangka diguna pakai secara global bermula Januari 2027.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Yonex Sunrise Malaysia & BWF
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah meluluskan rombakan sistem mata sukan badminton, secara rasminya menggantikan format 3×21 dengan struktur 3×15 yang baharu

Keputusan itu diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan BWF ke-87 di Horsens, Denmark, selepas memperoleh undian majoriti dua pertiga, 198 menyokong dan 43 menentang.

Keputusan ini menandakan satu kejayaan besar bagi persekutuan itu, yang sebelum ini gagal untuk membawa cadangan serupa pada 2018 dan 2021.

Di bawah format baharu ini, perlawanan masih akan dimainkan dengan maksimum 3 set. Walau bagaimanapun, setiap perlawanan kini akan dimainkan kepada 15 mata dan bukannya 21.

Sistem mata rally-point kekal tidak berubah, bermakna satu mata diberikan pada setiap rally tanpa mengira siapa yang membuat servis.

Walau bagaimanapun, terdapat pelarasan penting tentang cara perlawanan ditamatkan

Pada kedudukan mata 14 sama, pemain perlu menang dengan margin dua mata untuk tamatkan permainan. Jika kedudukan mencapai 20 sama, mata seterusnya yang menentukan perlawanan ditetapkan pada mata ke-21.

Dalam perlawanan ketiga penentuan, pemain akan bertukar tempat apabila pasukan pendahulu mencapai 8 mata, turun daripada 11 mata di bawah sistem semasa.

Interval juga akan berlangsung pada mata ke 8 berbanding 11 mata dalam sistem semasa dengan masa rehat selama 60 saat, manakala masa rehat antara set selama 120 saat kekal tidak mengalami perubahan.

SAYS.com
Image via Jade Gao/AFP

Kenpa perubahan berlaku sekarang?

BWF telah meletakkan perubahan ini sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk memodenkan sukan badminton.

Perlawanan yang lebih pendek dijangka menjadikan jadual perlawanan lebih mudah diatur, yang sebelum ini merupakan kebimbangan utama bagi pihak penyiar dan penganjur kejohanan. Di bawah format 3×21, perlawanan kadangkala boleh melebihi 90 minit.

BWF juga telah menyebut keadaan pemain sebagai faktor, dengan memberi sebab mengurangkan bilangan mata dapat membantu mengurangkan keperluan keupayaan fizikal yang diperlukan atlet sepanjang musim kompetitif yang panjang.

Terdapat juga pertimbangan komersial yang jelas. Perlawanan yang lebih pendek dan pantas dilihat lebih menarik bagi penonton lebih muda, terutamanya dalam persekitaran media merentasi pelbagai platform.

Reaksi yang bercampur daripada pemain dan jurulatih

Perubahan ini telah memecahbelahkan pendapat dalam komuniti-komuniti badminton di peringkat global.

Juara Olimpik, Chen Yufei telah menyuarakan sokongan untuk perubahan ini, dengan mengatakan sistem 15 mata akan menjadikan perlawanan lebih pendek dan lebih menarik.

Para pengkritik pula berpendapat bahawa format baharu ini berisiko menjejaskan sebahagian daripada proses taktikal dalam sukan ini.

Bekas pemain nombor satu dunia, Saina Nehwal dan jurulatih Vimal Kumar adalah antara yang telah membangkitkan kebimbangan bahawa perlawanan yang lebih pendek memberi kurang ruang untuk pengejaran semula mata, permainan berasaskan ketahanan dan perubahan momentum yang sering menentukan perlawanan peringkat tinggi.

Pemain dengan gaya agresif dan menyerang secara meluas dijangka mendapat manfaat di bawah format 15 mata, di mana pendahuluan awal menjadi lebih sukar untuk diubah.

SAYS.com
Image via Thibaud Moritz/AFP

Bila format baharu ini akan diguna pakai?

Sistem mata baharu ini akan berkuat kuasa mulai minggu pertama tahun 2027, bermula 4 Januari.

BWF telah mengatakan bahawa tempoh masa yang ditetapkan bertujuan memberikan persatuan badminton kebangsaan, kelab dan pihak berkepentingan masa yang mencukupi untuk menyesuaikan diri melibatkan kaedah latihan, struktur pertandingan dan sistem penyiaran.

Walaupun berlaku perubahan, format 3×21 tidak akan hilang sepenuhnya.

Ia akan kekal sebagai alternatif yang dibenarkan, membolehkan organisasi, liga dan penganjur tempatan terus menggunakan sistem sedia ada untuk pertandingan domestik.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik