“Baby Amira” – Nama Bayi Perempuan Yang Lahir Di Parking Lot One Utama

Time sekolah baby ni boleh flex cakap lahir dekat shopping mall.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagaikan sudah tertulis, kelahiran seorang bayi perempuan di pusat beli belah 1 Utama turut selari dekat ulang tahunnya yang ke-30

Menerusi sebuah hantaran perkongsian pusat beli belah itu di Facebook, staf-staf yang membantu ibu terbabit mendapat penghargaan setelah menjadi sebahagian daripada momen berharga dan tidak dapat dilupakan itu.

"Pada Ulang Tahun ke-30 kami, wira-wira kami (staf) telah menyambut kehadiran baharu yang berharga di 1 Utama.

"Apabila adanya panggilan kecemasan, pasukan Perkhidmatan Pelanggan dan Keselamatan kami bertindak pantas membantu ibu mengandung itu, menyediakan keadaan yang privasi dan memastikan dia bersalin dengan selamat bersama sokongan perubatan.

"Kami gembira untuk berkongsi bahawa kedua-dua ibu dan bayi kini selamat dan sihat di hospital.

"Momen yang benar-benar tidak dapat dilupakan pada Ulang Tahun ke-30 1 Utama, satu peringatan yang indah bahawa kehidupan penuh dengan kejutan berharga," tulisnya.

SAYS.com
Image via Facebook

Amira nama yang diberi kepada bayi berkenaan

Hantaran berkenaan turut mendedahkan nama yang diberi kepada bayi tersebut iaitu Amira.

Terdahulu, tular di Threads sebuah hantaran berkongsi seorang ibu mengandung dalam keadaan kecemasan untuk melahirkan anaknya.

Menerusi tinjauan di bahagian komen rata-ratanya berseloroh berharap pihak 1 Utama dapat memberikan bayi tersebut membership seumur hidup di samping parkir percuma sepanjang hayat.

Lihat antara komen tersebut di bawah:

SAYS.com
Image via Threads
SAYS.com
Image via Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: