Azizulhasni Awang ‘The Pocket Rocketman’ Rangkul Emas Acara Keirin Di Piala Dunia Trek UCI

Penutup sempurna di laman sendiri.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, sekali lagi membuktikan kelasnya sebagai pelumba bertaraf dunia apabila meraih pingat emas acara keirin dalam aksi final Piala Dunia Trek UCI di Velodrom Nasional, hari ini

Kejayaan ini amat bermakna kerana ia merupakan penampilan terakhir pelumba berusia 38 tahun itu di hadapan penyokong sendiri sebelum persaraannya.

Ini juga merupakan gelaran juara keirin kedua buat Azizulhasni dalam siri Piala Dunia Trek tahun ini, selepas memenangi siri pertama di Perth, Australia, pada Mac lalu.

Aksi final tersebut berlangsung penuh drama apabila Azizulhasni memulakan saingan di kedudukan kelima. Pada satu ketika, beliau dilihat seolah-olah "terperangkap" dan dikepung oleh pelumba lain, termasuk seteru utamanya yang juga juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen.

SAYS.com
Image via ASWADI ALIAS/NSTP

Lavreysen terpaksa akur di tempat kedua

Bagaimanapun, menggunakan pengalaman luasnya, Azizulhasni melakukan henjutan luar biasa sebaik sahaja memasuki pusingan terakhir. Beliau berjaya meloloskan diri daripada kepungan kelompok pelumba sebelum memecut pantas meninggalkan pencabarnya untuk melintasi garisan penamat sebagai juara.

Harrie Lavreysen terpaksa berpuas hati dengan pingat perak, manakala pelumba Trinidad & Tobago, Nicholas Paul, menduduki tempat ketiga. Sorakan gemuruh penyokong di Velodrom Nasional mengiringi kemenangan penuh emosi ini, menandakan penghormatan tertinggi buat legenda sukan negara itu.

Azizulhasni, yang merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, dijadualkan menyambung perjuangannya dalam acara pecut esok, dalam usaha menambah lagi koleksi pingat buat kem Malaysia.

Tonton video penuh aksi Azizulhasni di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik