Azfar Heri Hidang Tetamu Rumah Terbuka Dengan Menu Branded – “Ini Open House Ke Mall?”

Bukan kaleng-kaleng menu dia!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @azfarheri (X)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pertama kali menganjurkan rumah terbuka, influencer, Azfar Heri mengejutkan orang ramai dengan menu-menu yang disediakannya

Menerusi video perkongsiannya di X, Azfar berkongsi suasana di rumah terbuka anjurannya dan keluarga di sebuah rumah banglo yang dipilihnya sebagai lokasi acara.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah menu-menu yang dihidangkan adalah lain daripada yang lain iaitu makanan dan minuman yang selalunya dapat ditemui di dalam pusat beli belah.

"First time buat open house and alhamdulillah semuanya smooth! Terima kasih kepada semua yang datang and happy dapat bagi semua yang datang makan sampai kenyang. Semoga murah rezeki selalu," tulisnya.

Image via X

Menu-menu kebiasaan rumah terbuka turut disediakan

Menerusi video tersebit, bukan sahaja hidangan dari francais berjenama disediakan malah hidangan-hidangan kebiasaan majlis keramaian turut disediakan.

Antara jenama yang ada menyediakan hidangan di sana ialah Zus Coffee, Inside Scoop, Helo Moo dan Pop Meals.

Menurut Azfar, dia dan keluarga telah memilih rumah tersebut sebagai lokasi anjuran rumah terbuka disebabkan ruangnya yang besar boleh memuatkan ramai tetamu.

Lihat video tersebut di bawah:

@azfarherii

Selamat datang ke open house saya dan sekeluarga

original sound – LaguRaya

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS