Ayam Brand™ Satukan Seni & Nutrisi, Lebih 6,300 Murid Sekolah Dilatih Berfikir Secara Kreatif
Program ini merupakan inisiatif kolaborasi antara Ayam Brand™ dengan KPM serta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Cover image via Ayam Brand MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ayam Brand™ baru-baru ini telah mengakhiri program Makan Bijak Bersama Ayam Brand™ 2025 dengan kejayaan besar, berjaya melibatkan lebih daripada 6,300 murid sekolah rendah daripada 30 buah sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya
Program unik ini menggabungkan kepentingan pemakanan seimbang dengan seni, menunjukkan bagaimana diet sihat dapat menyemarakkan kreativiti dan perkembangan kognitif kanak-kanak.
Program ini merupakan inisiatif kolaborasi antara Ayam Brand™ dengan Kementerian Pendidikan Malaysia serta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Tengku Mirafita Tengku Amirfuddin, Penolong Pengurus Jenama Ayam Brand™ (kiri) dan Muslim Mustafa (kanan) bersama Pemenang Tempat Pertama, Nur Zara Afina.
Image via Ayam Brand MalaysiaPemakanan yang baik diiktiraf sebagai asas penting dalam pembentukan daya tumpuan, penguatan tubuh badan, dan pembinaan keyakinan diri, manakala seni pula mengaktifkan imaginasi dan empati. Dengan menghubungkan dua elemen ini, program Makan Bijak memperkasakan kanak-kanak untuk berfikir, berimaginasi, dan berkarya melangkaui batas bilik darjah.
"Kanak-kanak sememangnya kuat berimaginasi. Apabila pemakanan yang baik digabungkan dengan seni, kita membantu mereka memahami bahawa gaya hidup sihat bukan sekadar rutin, ia mencerminkan kreativiti, keyakinan dan ekspresi kendiri," kata Teoh Wei Ling, Ketua Pemasaran, A Clouet (Malaysia) Sdn. Bhd. (Ayam Brand™).
Tiga komponen utama memperkasa pembelajaran
Program Makan Bijak Bersama Ayam Brand™ 2025 ini berteraskan pembelajaran berasaskan pengalaman dan dilaksanakan melalui tiga komponen utama:
1. Sesi Ceramah Pemakanan: Memberi ilmu asas mengenai diet seimbang dan khasiat makanan.
2. Pertandingan Seni Individu: Menggalakkan ekspresi kendiri melalui seni visual.
3. Pertandingan Mural Antara Sekolah: Membina semangat berpasukan dan kreativiti kolektif.
Bagi pihak sekolah, inisiatif ini menyediakan platform untuk menggalakkan pelajar mengamalkan gaya hidup sihat. Manakala bagi Ayam Brand™, program ini mencerminkan komitmen berterusan jenama tersebut dalam mempromosikan makanan yang berkhasiat, semula jadi, dan bebas bahan pengawet.

Muslim Mustafa (dua dari kiri) dan Tengku Mirafita Binti Tengku Amirfuddin, Penolong Pengurus Jenama Ayam Brand™ (tiga dari kanan), bersama guru dan murid-murid SK Desa Tun Hussein Onn.
Image via Ayam Brand MalaysiaMajlis penyampaian hadiah telah diadakan secara berasingan dari 24 hingga 26 November 2025 di sekolah-sekolah pemenang, yang turut dihadiri wakil-wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri untuk meraikan kejayaan murid-murid.
"Inisiatif ini merupakan salah satu contoh kepada pembelajaran melalui pengalaman yang amat baik. Ia menghubungkan seni dengan nutrisi dan nilai murni, serta memberi keyakinan kepada murid untuk mengekspresikan diri secara kreatif," komen Encik Muslim bin Mustafa, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang turut hadir pada majlis tersebut.
Lebih daripada sekadar pertandingan, "Makan Bijak Bersama Ayam Brand™ 2025" telah menyemai kesedaran tentang kepentingan pemakanan sihat, kreativiti dan semangat komuniti dalam kalangan murid sekolah rendah. Program ini membuktikan bahawa gaya hidup sihat dan kreativiti saling melengkapi dalam membentuk generasi muda yang lebih ceria, yakin dan berdaya saing.
Sejak tahun 1892, Ayam Brand™ telah menjadi jenama kepercayaan jutaan pengguna di Asia, terkenal dengan komitmennya terhadap kualiti, bahan semula jadi serta tanpa bahan pengawet. Di samping produk, jenama ini terus komited dalam kesejahteraan komuniti melalui sokongan terhadap pendidikan dan kelestarian.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



