Awesome TV Tampil Fail Saman Berunsur Fitnah Terhadap Amir Raja Lawak, Mamak Puteh & Abu Mamu

Difahamkan, ia melibatkan tuduhan stesen TV itu gagal melunaskan bayaran mereka dalam program yang disiarkan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Awesome Broadcasting Sdn Bhd (Awesome TV) memfailkan saman terhadap tiga selebriti tempatan, Amir Raja Lawak, Mamak Puteh dan Abu Mamu

Menerusi kenyataan yang dimuat naik oleh Awesome TV di Facebook, saman tersebut dikenakan atas sebab mereka dikatakan telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah sehingga menjejaskan imej dan reputasi stesen TV berkenaan.

Dakwaan berkenaan melibatkan tuduhan Awesome TV gagal melunaskan bayaran bagi penglibatan mereka dalam program televisyen yang disiarkan di stesen TV terbabit.

"Kenyataan fitnah yang dikeluarkan oleh ketiga-tiga individu tersebut telah menjejaskan imej serta reputasi Awesome TV," katanya.

SAYS.com
Image via NSTPImage via

Mendakwa isu dibawa ke peringkat lebih tinggi tanpa pemeriksaan fakta

Tambah kenyataan itu, isu tersebut turut telah dibawa ke Parlimen oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid tanpa sebarang pemeriksaan dan fakta teliti sekali gus mengundang salah faham serta memberi gambaran tidak tepat terhadap Awesome TV.

"Sebagai ahli Parlimen, beliau (Syerleena) sepatutnya berlaku adil menyiasat fakta sebelum mengeluarkan kenyataan yang tidak benar.

"Justeru itu, pihak Awesome TV telah mengarahkan firma guaman Shafie & Co untuk memfailkan saman berunsur fitnah terhadap mereka bagi melindungi integriti Awesome TV.

"Awesome TV memandang serius sebarang tuduhan yang tidak berasas dan sebarang usaha untuk mencemarkan nama baik Awesome TV," kata kenyataan itu.

SAYS.com
Image via Awesome TV

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: