Awas Sengat Ubur-Ubur! Ini Langkah Kecemasan Pertama Anda Perlu Tahu
Pencegahan awal mungkin dapat selamatkan nyawa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sengatan ubur-ubur boleh boleh beri kesan kesakitan dan berpotensi membahayakan, bergantung kepada spesiesnya
Perairan Malaysia merupakan habitat kepada pelbagai spesies ubur-ubur, termasuk spesies berbisa seperti box jellyfish (Chrysaora quinquecirrha) dan Portuguese man-of-war (Physalia physalis), juga dikenali sebagai bluebottle jellyfish.
Ubur-ubur sedemikian mempunyai sel penyengat yang dipanggil nematocyst dalam sesungutnya. Satu sesungut mungkin mengandungi beribu-ribu nematocyst yang melepaskan bisa untuk melindungi diri mereka dan menangkap mangsa.

Seekor obor-obor box jellyfish ditemui di pantai Pulau Tioman, Pahang pada tahun 2016.
Image via ID Please (Marine Creature Identification) (Facebook)Sengatan kebanyakannya berlaku secara tidak sengaja semasa anda berenang atau berjalan di tepi pantai
Penting untuk mengetahui bahawa ubur-ubur ada di kedua-dua kawasan dalam air dan di pantai. Kadangkala ia menyerupai beg plastik yang hanyut di tepi pantai atau tersangkut di dalam pasir.
Tambahan pula, ubur-ubur yang sudah mati atau sesungutnya sudah terpisah, masih boleh melepaskan bisa.
Walaupun kebanyakan sengatan adalah ringan, bahaya terbesar datang daripada kelemasan atau mengalami reaksi alahan yang teruk selepas disengat.
Mengambil tahu langkah pertolongan cemas boleh bantu mengurangkan kesakitan, mencegah komplikasi dan berpotensi menyelamatkan nyawa.

Kesan snegatan obor-obor.
Image via Verywell HealthInil yang perlu dilakukan jika anda atau orang lain didapati disengat ubur-ubur:
- Kekal tenang dan bergerak ke pantai. Jika anda berada di dalam air, berenang kembali ke pantai dengan tenang untuk mengelakkan sentuhan selanjutnya dengan ubur-ubur.
- Tanggalkan sesungut dengan hati-hati. Gunakan kayu atau penyepit untuk mengangkat sebarang sesungut yang tinggal pada kulit. JANGAN gunakan tangan kosong.
- Jirus dengan air laut. Jirus kawasan sengatan dengan air laut untuk membersihkan sebarang sel penyengat yang tinggal. JANGAN gunakan air tawar, alkohol, atau air kencing kerana ia boleh mencetuskan lebih banyak pembebasan bisa.
- Hanya gunakan cuka untuk spesies tertentu. Cuka boleh menyahaktifkan bisa daripada box jellyfish tetapi boleh memburukkan lagi kesan sengatan daripada spesies yang lain seperti Portuguese man-of-war. Pastikan anda kaji dahulu sebelum menggunakannya.
- Rendam dalam air panas. Rendam kawasan yang terjejas dalam air panas (bukan air menggelegak) selama 20–45 minit. Haba boleh membantu meneutralkan bisa dan melegakan kesakitan.
- Dapatkan rawatan perubatan. Dapatkan bantuan kecemasan dengan segera, terutamanya jika anda mengalami kesakitan yang semakin teruk, tanda-tanda reaksi alahan seperti kesukaran bernafas, bengkak pada bibir atau muka serta menyedari sengatan itu berasal dari spesies berbahaya.
Maklumat yang diberikan adalah untuk tujuan pendidikan dan penyampaian sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang diterbitkan dalam artikel ini tidak bertujuan untuk menggantikan atau mengubah saranan penjagaan kesihatan profesional mengenai penjagaan perubatan pembaca.
Sumber: New Straits Times, Australia Wide First Aid, Malaysia Vacation Guide, MedlinePlus
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 