“Awak Hidup Lagi Tak?” – Wanita Cari Kawan Yang Sama-Sama Hidap Kanser Pada Umur 6 Tahun

Mereka dikatakan telah terpisah sejak berumur 15 tahun.

Enlarge text
Cover ImageCover image via kool101my (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hidap kanser bersama-sama ketika umur 6 tahun, terpisah sejak berumur 15 tahun

Baru-baru ini viral di TikTok mengenai sebuah panggilan seorang wanita yang bernama Quratu'Aini menerusi segmen 'Pagi On Point' di Kool 101 yang memberitahu dia sedang mencari sahabatnya yang sudah lama terpisah sejak berumur 15 tahun.

Katanya, sewaktu berumur 6 tahun dia dan sahabatnya, Siti Nur Fatin Binti Hamdan bersama-sama menerima rawatan di hospital akibat kanser.

SAYS.com
Image via kool101my (TikTok)

Melihat kawan sendiri meninggal dunia di katil sebelah sewaktu di hospital

Kongsinya kepada Kool 101, sewaktu berada di hospital dahulu, doktor sampaikan pernah beritahu ibu bapanya bahawa ubat yang diberikan kepadanya ketika itu adalah ubat terakhir untuknya agar dia survive.

Dia memberitahu bahawa ketika itu dia melihat sendiri pemergian rakan lain di katil sebelah yang juga menghidap penyakit kanser.

Bagaimanapun dia dan Siti Nur Fatin berjaya survive dari penyakit tersebut dan sama-sama menerima rawatan di HUKM dan HKL sehinggalah mereka berumur 15 tahun.

Sangat rindu dan tidak tahu sekiranya rakan baiknya itu masih hidup atau tidak

Ketika ditanya oleh Pak Nil sekiranya rakannya itu mendengar perbualan tersebut, dia mengatakan dia sangat rindu akan sahabatnya itu.

"Siti Nur Fatin Binti Hamdan, saya cari awak, saya rindu awak sangat-sangat, awak hidup lagi ke tidak sebenarnya?" katanya sambil menangis.

Kami doakan semoga Quratu'Aini dapat bertemu sahabatnya itu satu hari nanti, amin…

Saksikan video temubual tersebut di bawah:

@kool101my Kehilangan orang yang pergi tanpa khabar berita ni sangat lah sakit sebab kita tak tahu di mana dia berada.😔 Qurratu'Aini dan sahabatnya Siti Nur Fatin adalah pesakit kanser seawal 6 tahun. Tapi, kali terakhir dia jumpa kawannya itu waktu mereka umur 15 tahun dan sampai sekarang dia tak tahu kat mana Siti Nur Fatin.😢 Semoga Qurratu'Aini dipertemukan semuala dengan Siti Nur Fatin dan dipermudahkan segalanya.🤲🏻 #Kool101 #SemasaDanSosial #MuzikYangFamiliar #PakNildiKool101 #PagiOnPoint ♬ original sound – Kool 101

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: