“Auto Bad Mood” – Pemuda Jadikan Lagu Kamu Nanyak Sebagai Alarm Ini Buat Ramai Rasa Geram
Roommate dia mesti rasa nak campak phone tu.
Cover image via @nagabayang28 (TikTok)Tidak dinafikan, kita semua akan bergantung kepada bunyi alarm telefon masing-masing untuk bangun daripada tidur
Lagu yang ditetapkan sudah tentu mengikut cita rasa masing-masing. Ada yang perlukan lagu yang rancak untuk bangun daripada tidur. Ada pula yang memasang lagu tenang. Semuanya bergantung kepada individu itu masing-masing.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pemuda memasang lagu rancak sebagai alarm telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pasang lagu 'kamu nanyak' buat ramai rasa annoyed
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang merakam suasana di bilik rakannya sambil menunjukkan sebuah telefon yang berdering.
Rupa-rupanya, telefon rakannya itu berbunyi gara-gara alarm yang dipasang. Lebih menghiburkan lagi apabila alarmnya itu berlagu 'kamu nanyak'. Perkara itu membuatkan ramai rasa geram dengan lagu yang bingit itu.
Image via @nagabayang28 (TikTok)
"Member aku bunyi lagu anjing menganjing, sampai ke mimpi bunyi dia" – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 368K tanda suka dan 6K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan deringan telefon itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @nagabayang28 (TikTok)
Image via @nagabayang28 (TikTok)
Image via @nagabayang28 (TikTok)
Ini kalau dia tak matikan, memang auto kena campak phone tu! 😛
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

