‘Atok’ Squid Game Dibebaskan Oleh Mahkamah Daripada Pertuduhan Salah Laku Seksual
Pelakon tersebut telah didakwa atas kesalahan gangguan seksual ke atas seorang wanita dua kali.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bintang siri televisyen Squid Game, O Yeong-Su telah dibebaskan daripada pertuduhan salah laku seksual oleh mahkamah di Korea Selatan
Menerusi laporan BBC, pelakon berusia 81 tahun itu didakwa pada tahun 2022 atas tuduhan menyerang seorang wanita secara seksual sebanyak dua kali. Dakwaan tersebut menyatakan bahawa dia telah memeluk dan mencium pipi wanita itu tanpa rela.
Pelakon itu didapati bersalah pada tahun 2024 dan dijatuhkan hukuman penjara yang tertangguh selama lapan bulan, tetapi berkata akan membuat rayuan atas keputusan itu.
Pada Selasa, mahkamah membatalkan hukuman tersebut dengan mengatakan dia telah menjalani kelas mengenai keganasan seksual dan memaklumkan bahawa ingatan mangsa yang didakwa mungkin telah "diputarbelitkan", berikutan sudah berapa lama kejadian itu berlaku.
Serangan yang didakwa diberitahu telah berlaku pada tahun 2017 ketika lelaki itu tinggal di kawasan luar bandar untuk persembahan teater.
Mangsa yang mendakwa memfailkan aduan menentang warga emas terbabit pada tahun 2021 tetapi kes itu ditutup pada April tahun yang sama. Pihak pendakwaan kemudiannya membuka semula siasatan "atas permintaan mangsa".

Terdapat keraguan dalam pertuduhan yang dilakukan
Dalam satu kenyataan, Mahkamah Daerah Suwon memaklumkan terdapat "keraguan" sama ada pelakon terbabit telah melakukan serangan itu.
"Terdapat kemungkinan ingatan mangsa telah terpesong dari semasa ke semasa, dan apabila terdapat keraguan, defendan mesti diberi manfaat ke atasnya," menurut kenyataan itu.
Walau bagaimanapun, kenyataan itu juga menyatakan bahawa ada kemungkinan pelakon berkenaan telah melakukan serangan, kerana dia ada menyatakan permohonan maaf kepada mangsa.
Mangsa kemudiannya bersuara menentang keputusan itu dengan mengatakan perkara berkenaan tidak akan "membatalkan kebenaran atau memadamkan kesakitan yang telah dialami".
"Walaupun dengan keputusan hari ini, saya akan terus mengatakan kebenaran hingga ke akhirnya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui organisasi hak wanita Womenlink.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 