Atlet Pecut Negara Nekad Mogok Boikot Latihan, Tak Puas Hati Dengan Pengurusan Ballard

Difahamkan, beberapa atlet tidak menghadiri latihan yang dikendalikan oleh Pengarah Teknikal Olahraga Malaysia (MA), Robert Ballard sejak sebulan lalu.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak sebulan lalu, beberapa atlet pecut Malaysia mengambil keputusan melancarkan mogok dengan tidak menghadiri latihan yang dikendalikan oleh Pengarah Teknikal Olahraga Malaysia (MA), Robert Ballard

Menurut laporan Harian Metro, atas beberapa sebab terutamanya prestasi semakin merudum, atlet acara pecut seperti Raja Pecut Asia Tenggara 2017, Khairul Hafiz Jantan, pemenang rekod kebangsaan 100 meter (m) Zaidatul Husniah Zulkifli dan juara berganda Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak, Nur Afrina Batrisya Mohamad Rizal memilih meninggalkan kem olahraga negara dan kembali berlatih dengan dipantau jurulatih yang 'dibuang' MA, Mohd Poad Md Kassim.

Malah, atlet turut menerima ugutan akan dibuang daripada program jika mereka bersuara meluahkan rasa tidak puas hati terhadap cara pengurusan Ballard.

Image via Harian Metro

Menurut Khairul Hafiz, cara pengurusan Ballard turut menjadi perbalahan apabila selepas hampir dua tahun beliau bergelar Pengarah Teknikal langsung tiada program direncanakan yang sepatutnya menjadi tugasnya.

"Kami hanya berlatih dan berlatih. Dua tahun tanpa sebarang perancangan. Malah sudah lama kami terperap tanpa kejohanan di luar negara," katanya.

Ballard juga dikatakan menerima gaji setinggi sehingga lima angka, tetapi tiada hasil yang disumbang selepas dua tahun bersama kem olahraga.

Difahamkan, mesyuarat Ahli Jawatankuasa MA menghantar 37 atlet ke Kejohanan Olahraga Asia (ATF), tapi mereka tidak tahu siapa atlet yang terpilih kerana atlet sendiri tidak tahu syarat kelayakan dan siapa yang layak beraksi

"Saya bukan nak burukkan sesiapa, olahraga sudah tak macam dulu. Kesefahaman antara kami dan orang atas langsung tiada.

"Saya pernah diugut, jika tak berlatih dengan dia (Ballard), kontrak tak akan disambung. Sebab saya ingin terus berlari untuk negara saya ikutkan saja.

"Tapi cuba bayangkan daripada catatan masa sekitar 10.5 saat (s), 10.6s lepas berlatih dengan Ballard, terus jadi 10.99s. Bila tiada kemajuan, perkara itu disuarakan, ada atlet dihina dan dimaki sesuka hati," katanya lagi.

Isu yang sama turut disuarakan oleh Zaidatul Husniah, pemegang rekod kebangsaan 100m dengan catatan 11.49s yang kembali berlatih menggunakan program latihan Poad.

Difahamkan, MA sudah menamakan beberapa calon jurulatih namun badan induk itu perlu mengemukakan justifikasi kepada Majlis Sukan Negara.

Disebabkan itu, MA masih belum menamakan jurulatih pecut dan ia bakal memberi impak besar memandangkan tempoh empat bulan pertama tahun ini memerlukan kepakaran jurulatih ketika Sukan Sea hanya berbaki kurang lapan bulan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: