Atlet Olimpik Negara Saman MBPJ & Kerajaan Selangor Larang Bela Anjing Dalam Kondo
Larangan itu didakwa melanggar hak pemilik haiwan peliharaan untuk mengguna dan menikmati harta mereka sepenuhnya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Atlet Olimpik, Noraseela Khalid memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap kerajaan Selangor dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menentang larangan ke atas pemeliharaan anjing dalam pangsapuri
Menerusi laporan Free Malaysia Today, Noraseela dalam samannya memaklumkan bahawa Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (MBPJ) 2007 bercanggah dengan perundangan persekutuan termasuk Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Pengurusan Strata.
Seksyen 8(2) undang-undang kecil itu melarang penduduk daripada memelihara anjing di unit pangsapuri di bawah bidang kuasa MBPJ.
Noraseela, yang merupakan seorang penduduk di sebuah kompleks kondominium di Petaling Jaya, berhujah bahawa MBPJ tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk mengenakan sekatan menyeluruh sedemikian.
Bekas atlet negara itu mendakwa larangan itu melanggar hak pemilik haiwan peliharaan untuk menggunakan dan menikmati sepenuhnya harta benda mereka, dengan mengatakan tiada bukti bahawa anjing atau haiwan peliharaan lain telah menyebabkan gangguan kepada jiran.

Noraseela Khalid ketika mewakili Malaysia dalam Sukan Asia Doha 2006.
Image via Rizal HashimMemohon pengisytiharan mahkamah bahawa undang-undang kecil itu tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan
Peguamnya, Rajesh Nagarajan berkata larangan menyeluruh itu merupakan kes jelas majlis tempatan bertindak di luar kuasa undang-undangnya.
Katanya, daripada mengawal selia secara bertanggungjawab, majlis berkenaan mengenakan larangan menyeluruh yang menyalahi undang-undang dan sewenang-wenangnya "tanpa bukti, perkadaran atau sebarang kuasa yang sah".
"Perkara sedemikian tidak boleh dipertahankan dari segi undang-undang, apabila majlis meletakkan kuasa melebihi hak perlembagaan, mahkamah mesti campur tangan," menurutnya.
Noraseela pernah mewakili negara dalam acara 400 meter lari berpagar wanita dalam temasya sukan Olimpik di London 2012.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 