Atasi Masalah Tahi Cicak, Ini Antara Cara Mudah Anda Boleh Cuba Untuk Halau Ia Dari Rumah

Tak cuba tak tahu kan guys!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kartel Dakwah & Kalam
Logo

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Cicak adalah antara haiwan yang sering dilihat berkeliaran pada dinding rumah bukan?

Kadangkala najis mereka ini kita boleh lihat merata tempat dan itu sangat menjengkelkan kita. Hari ini bersihkan, dua tiga hari tengok mesti ada balik betul tak?

Isu menghalau dan membersihkan tahi cicak ini seperti tiada kesudahan dan kadangkala sangat memeningkan kita.

Sebenarnya banyak cara yang kita boleh lakukan untuk menghalau cicak datang ke rumah kita. Seperti yang dikongsikan di Facebook Poptabak's ini. Jom kita lihat antara tips di bawah.

1. Tembakau

Ya, tembakau merupakan salah satu bahan untuk menghalau cicak. Bau tembakau yang kuat akan mengakibatkan cicak tidak gemar untuk datang, Anda boleh selitkan tembakau di kawasan-kawasan cicak bersembunyi.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Malaysia News TV

2. Serbuk kopi dan serbuk tembakau

Masih menggunakan bahan dari tembakau, namun kini dicampurkan dengan serbuk kopi. Caranya, campur serbuk kopi dan serbuk tembakau lalu dikisar dan taburkan ke tempat cicak.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Post

3. Cuka

Cuka juga dapat membantu untuk menghalau cicak dari rumah. Kita perlu membuat bahan campuran bagi menghalau cicak. Bahan campurannya adalah 1/3 Cuka, 1/3 air dan 1/3 cecair pelembut pakaian. Campurkan kemudian sembur di kawasan yang banyak tinggalan najis cicak atau tempat cicak bersembunyi.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Mingguan Wanita

4. Lada hitam

Penggunaan lada hitam juga sedikit sebanyak dapat membantu untuk menghalau cicak datang ke rumah. Caranya kisar lada hitam serta serbuk cili sehingga hancur kemudian campur dengan air.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kunci Berita

5. Kulit telur

Kulit telur juga agak popular sebagai salah satu bahan natural yang sesuai bagi menghalau serangga perosak dan haiwan perosak. Kulit telur juga boleh digunakan bagi menghalau cicak dari berkampung di rumah kita.

Hancurkan kulit telur atau kulit telur sahaja, letakkan dikawasan yang selalu dilalui cicak. Ini kerana, kulit telur mempunyai bahan sulfur yang agak berbahaya bagi abdomen cicak. Oleh itu, dengan bahan ini, cicak pasti akan menjauhi kawasan tersebut.

Image via Klik Dokter

Belajar sesuatu? Jangan lupa share juga tips ini kepada rakan-rakan anda agar manfaat ilmu ini kita kongsikan bersama 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: