Atas Permintaan Ramai, Ahmad’s Fried Chicken Kini Buka Outlet Ke-47 Di TTDI Jaya, Shah Alam

Outlet baharu ini menampilkan konsep rekaan terkini Ahmad's moden, ringkas dan mesra keluarga.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Ahmad's Fried Chicken
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ahmad's, rangkaian restoran tempatan yang terkenal dengan menu ayam gorengnya mengumumkan pembukaan rasmi outlet ke-47 di TTDI Jaya, Shah Alam baru-baru ini

Pelancaran cawangan baharu ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha jenama ini memperluas rangkaian di seluruh Malaysia, terutamanya di kawasan Lembah Klang.

Pembukaan outlet TTDI Jaya dilakukan secara eksklusif atas permintaan tinggi dan berterusan daripada para peminat Ahmad's di kawasan tersebut yang menginginkan akses yang lebih dekat kepada menu kegemaran mereka.

SAYS.com
Image via Ahmad's Fried Chicken

Pengasas Ahmad's, Taufik Khairuddin, berkata lokasi baharu ini adalah sebahagian daripada strategi proaktif jenama untuk memenuhi permintaan komuniti setempat.

"Sejak tahun lalu, kami menerima ratusan permintaan daripada pelanggan di sekitar Shah Alam, Subang, dan Petaling untuk membuka cawangan baharu. TTDI Jaya menjadi lokasi ideal kerana komuniti di sini sangat aktif, menyokong, dan mencari pilihan makanan berkualiti pada harga yang berpatutan," katanya.

Konsep mesra keluarga dan perkhidmatan konsisten

SAYS.com
Image via Ahmad's Fried Chicken

Dengan pelancaran outlet TTDI Jaya ini, Ahmad's memperkukuh komitmen untuk menyediakan pengalaman makan yang konsisten, cepat, dan berkualiti. Cawangan ke-47 ini menampilkan konsep rekaan terkini Ahmad's iaitu moden, ringkas, dan mesra keluarga sekaligus menjadikannya sesuai untuk semua jenis pelanggan sama ada yang memilih untuk makan di premis (dine-in), bawa pulang (take-away), mahupun perkhidmatan penghantaran.

Pembukaan cawangan baharu ini turut menandakan perkembangan pesat jenama Ahmad's dalam industri makanan dan minuman (F&B) tempatan. Perkembangan ini selari dengan visi Ahmad's untuk menjadi rangkaian ayam goreng paling dipercayai di Malaysia.

Dalam pada itu, Ahmad's turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada komuniti Lembah Klang atas sokongan berterusan yang telah memungkinkan perkembangan pesat jenama tempatan ini.

SAYS.com
Image via Ahmad's Fried Chicken

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: