Asyik Tak Perasan Dah Masuk Waktu Solat, Jom Pakai Je Jam Tangan Ini Confirm On Time!
Tinggal tengok je dekat tangan, terus tahu waktu masuk!
Cover image via SEISMIKFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kita semua mesti dah biasa dengan rutin harian yang tak pernah berhenti, kerja bertimbun, urus rumah, nak jaga kesihatan pun kena masuk dalam jadual
Dalam semua kekalutan tu, ada satu hal tetap perlu jadi nombor satu iaitu solat tepat pada waktunya.
Sekarang, tak payah dah risau terlepas waktu bila tengah rushing pergi meeting atau travel ke sana sini sebab HUAWEI kini baru sahaja lancarkan aplikasi Waktu Solat Malaysia khas dalam HUAWEI Wearables, tinggal tengok je dekat tangan, terus tahu waktu masuk!

Kini anda mampu solat on time walau di mana anda berada
Dengan aplikasi Waktu Solat Malaysia ini, HUAWEI Watch anda akan secara automatik kemas kini waktu solat ikut lokasi. Tak perlu dah nak set manual setiap kali pindah tempat. Senang!
Paling best, anda akan dapat peringatan sebelum masuknya waktu solat. Jadi walaupun tengah fokus dalam meeting, tengah workout, anda tetap dapat alert dan boleh solat tepat pada waktunya.

Dapat seimbangkan gaya hidup dan ibadah
HUAWEI Wearables ini bukan sekadar jam pintar yang biasa malah ia boleh jadi pembantu harian yang boleh pantau kedua-dua kesihatan fizikal dan rohani.
Banyak fitur yang disediakan boleh memantu kecergasan, tidur, tahap stres, notifikasi dan pada masa yang sama ingatkan anda masuk waktu solat.
Semuanya dalam satu gajet, terus di pergelangan tangan. mudah, praktikal dan sememangnya membantu!

Direka khas untuk orang kita
Aplikasi Waktu Solat Malaysia ini memang dibuat ikut keperluan orang kita. Waktu solat yang dikemas kini dengan tepat berdasarkan lokasi dan ada juga fungsi arah Qiblat untuk model terpilih.
Bukan itu sahaja, terdapat juga rujukan doa dan kandungan Islamik untuk menemani hari anda.
Nak tingkatkan ketenangan dan kekal dekat dengan nilai agama? Semuanya ada dalam satu jam walau di mana pun anda berada.
Teknologi yang membawa inovasi tanpa mengabaikan gaya hidup seharian
Teknologi sepatutnya bukan hanya untuk kecanggihan semata, ia sepatutnya memudahkan gaya hidup sambil menghormati kepercayaan dan nilai spiritual setiap pengguna.
Dengan aplikasi ini, niat & inovasi bergerak seiring. Anda boleh kekal sihat, produktif dan dekat dengan agama, semuanya melalui satu peranti yang elegan dan sentiasa bersama anda.
Berikut adalah model HUAWEI Wearables yang menyokong aplikasi Waktu Solat Malaysia:
- HUAWEI WATCH FIT 4 / FIT 4 PRO
- HUAWEI WATCH GT 5 / GT 5 PRO
- HUAWEI WATCH GT 6 / GT 6 PRO
- HUAWEI WATCH 5
- HUAWEI WATCH ULTIMATE 2

Lebih eksklusif, fungsi Qiblat tersedia khas hanya pada HUAWEI WATCH 5 dan HUAWEI WATCH ULTIMATE 2 sahaja.
Yang paling penting, semua ciri ini boleh digunakan oleh kedua-dua pengguna iOS dan Android!
Jadi tak kisah anda guna phone apa pun, anda tetap boleh enjoy pengalaman HUAWEI Wearables dengan penuh gaya dan makna.
Dapatkan HUAWEI WATCH GT 6 Series sekarang di semua platform!
Dengan reka bentuk premium, fitur kesihatan yang lebih advanced dan bateri yang tahan lama sampai 21 hari* (bergantung kepada penggunaan), jam pintar ini memang sesuai untuk yang gaya hidup aktif setiap hari.
Dengan 64GB storan untuk muzik, navigasi dan pelbagai watch faces, ia sememangnya pilihan terbaik untuk gaya, prestasi dan kemudahan dalam satu jam.
Anda boleh dapatkan HUAWEI Wearables ini di platform laman web rasmi HUAWEI, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
Jadi kalau anda tengah cari smartwatch yang lengkap luar dalam, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan HUAWEI WATCH GT 6 Series sekarang!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


