Aster Edu Rangkul 3 Anugerah, Sasar Lahirkan Lebih Ramai Usahawan Tuisyen Digital Menerusi Program Perlesenan

Institusi pendidikan swasta Aster Edu kini melangkah ke fasa baharu yang lebih agresif.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @aster.hq (Instagram)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas sedekad beroperasi, institusi pendidikan swasta Aster Edu kini melangkah ke fasa baharu yang lebih agresif

Selain komited membantu "mempandaikan" pelajar, Aster Edu kini memberi fokus untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam industri tuisyen digital bagi memperkasakan lagi sistem pendidikan negara.

Bermula dari sebuah rumah kedai dengan hanya papan putih dan pen marker, Aster Edu telah berkembang pesat sehingga berjaya membantu lebih 100,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia memperbaiki gred akademik mereka.

SAYS.com
Image via @aster.hq (Instagram)

Pengiktirafan cemerlang di Key Leaders Awards 2025

Kejayaan Aster Edu dalam mentransformasi keputusan akademik pelajar, khususnya sejak beralih sepenuhnya ke model dalam talian (online) pada tahun 2021, telah membuahkan hasil. Syarikat ini baru sahaja merangkul tiga anugerah berprestij di Key Leaders Awards 2025:

  • Excellence In Performance Award
  • The Titan Growth Award 2025
  • Years Of Service Award 2025

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahrin Zikri Shahrizaman, menyifatkan anugerah tersebut sebagai bukti komitmen luar biasa mereka terhadap anak bangsa. "Industri pendidikan ialah satu perjuangan yang besar dan susah, namun kami terus bertahan demi melihat setiap pelajar meningkat dan mendapat keputusan 'A'," katanya.

SAYS.com

Ketua Pegawai Eksekutif Aster Edu, Shahrin Zikri Shahrizaman

Image via @aster.hq (Instagram)

Aster Edu mengekalkan standard kualiti yang tinggi dengan barisan tenaga pengajar yang terdiri daripada guru berpangkat serta bekas pemeriksa Lembaga Peperiksaan. Meskipun berstatus pakar, mereka tetap mengekalkan yuran mampu milik iaitu RM89 untuk empat subjek utama.

Uniknya, Aster Edu memastikan 80 tenaga pengajarnya hanya fokus kepada kualiti pengajaran tanpa perlu menguruskan soal kutipan yuran. "Guru tidak sepatutnya terlibat secara langsung dengan urusan duit," tegas Shahrin.

Peluang perniagaan menerusi program perlesenan

Menjelang tahun 2026, Aster Edu memperluas sayapnya dengan menawarkan program lesen (licences). Inisiatif ini direka khas untuk membantu orang awam dan bakal usahawan membuka pusat tuisyen dalam talian sendiri dengan risiko yang minimum.

Menerusi program ini, pemegang lesen akan dibekalkan dengan:

  • Sistem & Modul Terbukti: Menggunakan modul yang telah membantu ribuan pelajar.
  • Kepakaran Teknikal: Sokongan penuh untuk mengendalikan platform digital.
  • Gerakan Berjemaah: Membina ekosistem pendidikan digital secara bersama bagi menangani kelemahan subjek kritikal seperti Matematik.
SAYS.com

Pengasas bersama Aster Edu, Najmie Naharuddin

Image via @aster.hq (Instagram)


Menurut Pengasas Bersama, Najmie Naharuddin, anugerah yang diterima adalah refleksi terhadap dua entiti utama syarikat membantu pelajar mengubah gred dan membantu masyarakat menceburi industri pendidikan digital secara profesional.

Bagi Aster Edu, perjalanan 10 tahun ini hanyalah permulaan kepada gerakan pendidikan berskala besar yang lebih inklusif dan mampan di Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: