Asrama Lelaki SMK Tinggi Setapak Di Kuala Lumpur Terbakar, 91 Pelajar Dilaporkan Selamat

Kejadian itu dipercayai berlaku pada Isnin, 8.30 malam.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah blok asrama pelajar lelaki di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak di Kuala Lumpur dilaporkan terbakar pada Isnin, 29 April sekitar jam 8.30 malam

Menurut laporan Sinar Harian, kesemua 91 pelajar yang menghuni blok tersebut dipercayai dalam keadaan selamat.

Komander Operasi Bomba, TPgB II Japari Tajuddin, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada jam 8.43 malam kemudian mengerahkan 40 anggota bersama lapan jentera ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan tingkat satu blok asrama lelaki sekolah ini dan berjaya dikawal pada jam 9.40 malam. Kebakaran menyebabkan kemusnahan kira-kira 80 peratus struktur bangunan terbabit.

"Ketika kejadian, semua pelajar berada di surau sekolah menunggu waktu Isyak dan tiada kecederaan dilaporkan. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik JBPM," katanya.

Image via Sinar Harian

Anak kepada salah seorang saksi kejadian terdengar bunyi penggera kebakaran sebelum segera memaklumkan kejadian itu

"Saya dapati tiada pelajar dalam bangunan terbabit dan bersama anak saya cuba memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api, namun api marak terlalu cepat," katanya.

Manakala, seorang lagi saksi, Muhamad Adha Mikail, 17, berkata, dia terdengar bunyi kaca pecah ketika mengambil wuduk di surau bersebelahan sebelum melihat api marak di bangunan asrama itu.

"Saya terus memaklumkan kepada rakan-rakan dan warden asrama yang kemudian menekan loceng kecemasan. Kami semua segera berkumpul di tapak perhimpunan sekolah," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: