ASEAN Summit: KL Car Free Morning Hujung Minggu Ini Dibatalkan – DBKL
Acara itu pada awalnya dijadualkan berlangsung pada Ahad, 25 Mei 2025.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan acara KL Car Free Morning yang dijadualkan hujung minggu ini dibatalkan
Menerusi sebuah hantaran di laman X @KLCCC_DBKL, acara KL Car Free Morning yang dijadualkan pada Ahad, 25 Mei ini dibatalkan.
Perkara ini diputuskan susulan penutupan jalan-jalan utama di sekitar ibu kota bersempena Sidang Kemuncak ASEAN yang ke-46.
"Untuk makluman semua. Tiada acara KL Car Free Morning pada minggu ini," tulis akaun itu.
Image via X
Penutupan jalan dilakukan secara bermula jam 8 pagi hingga 8 malam
Menerusi laporan Buletin TV3, sebanyak 25 jalan utama dan enam lebuh raya di sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat bermula 23 hingga 26 Mei ini.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata tindakan penutupan lencongan laluan itu dibuat bagi menjamin kelancaran perjalanan konvoi orang kenamaan (VVIP) dari Rantau Asia Tenggara yang bakal hadir ke Malaysia.
"Kita akan mulakan penutupan jalan secara berperingkat dari jam 8 pagi hingga 8 malam, mengikut jadual ketibaan dan pergerakan delegasi luar negara," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 