Aroya IslamiCruise Lancar Pengalaman Pelayaran Mewah Umrah & Patuh Syariah Yang Pertama Di Malaysia
Promosi eksklusif ini sah sehingga 31 Oktober 2025 dengan tempahan hanya melalui lima agensi haji & umrah paling dipercayai di Malaysia.
Cover image via Pelayaran Islamik (IslamiCruise)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
AROYA IslamiCruise baru-baru ini mengumumkan pelancaran pengalaman Pelayaran Umrah Keluarga & Rakan pertama di Malaysia, sebuah perjalanan selama 16 hari 15 malam yang memadukan kemewahan pelancongan dengan pengisian rohani di laut
Majlis perasmian rasmi Aroya IslamiCruise telah berlangsung penuh meriah di Sky Hall, Menara Kuala Lumpur, disaksikan oleh rakan media, agensi pelancongan terkemuka serta jemputan khas. Acara ini bukan sahaja memperkenalkan pakej pelayaran umrah yang unik, tetapi turut menandakan satu pencapaian penting dalam industri pelancongan halal Malaysia.
Pelayaran ini bukan sekadar membawa penumpang ke Tanah Suci, tetapi juga menghubungkan Malaysia dan Arab Saudi dengan persinggahan di Oman, Maldives, Banda Aceh dan Port Klang – satu laluan yang pernah dilalui jemaah terdahulu dengan kapal laut dalam perjalanan ibadah.
Bagi generasi terdahulu, nama seperti Aceh bukan asing. Bandar pelabuhan itu menjadi pintu masuk penting bagi jemaah haji dari Nusantara sebelum belayar jauh ke Jeddah. Dalam lipatan sejarah, kisah datuk dan nenek kita menunaikan haji dengan kapal sering disulami cerita getir: minggu-minggu di lautan, doa dipanjatkan agar perjalanan selamat, dan ukhuwah yang terbina antara sesama penumpang kapal.

Kini, Aroya IslamiCruise menelusuri semula laluan bersejarah itu, tetapi dengan pengalaman yang lebih menyenangkan kabin mewah, santapan halal antarabangsa, dan bimbingan rohani yang tersusun.
"Kami tidak sekadar menawarkan pelayaran, tetapi satu perjalanan yang menghubungkan warisan, iman, dan budaya. Dari Oman yang kaya sejarah, keindahan semula jadi Maldives, sehingga ke Banda Aceh yang penuh nilai Islamik semua ini dirangka untuk menyatukan nostalgia dan pengalaman moden," kata Pengasas & CEO IslamiCruise, Suhaimi Abd Ghafer.
Antara tawaran Pakej Family & Friends direka khas untuk keluarga besar dan kumpulan rakan adalah seperti berikut:
Pakej Pertama
- 16 Hari 15 Malam
- Laluan 5 buah negara: Arab Saudi, Oman, Maldives, Indonesia dan Malaysia
- 15 hingga 30 Januari 2026
- Harga Pakej: RM13,289 (Balcony Quadruple Cabin)
Pakej Kedua
- 16 Hari 15 Malam
- Laluan 5 buah negara: Malaysia, Indonesia, Maldives, Oman dan Arab Saudi
- 15 hingga 30 Januari 2026
- Harga Pakej: RM13,489 (Balcony Quadruple Cabin)
Promosi eksklusif ini sah sehingga 31 Oktober 2025, dengan tempahan hanya melalui lima agensi haji & umrah paling dipercayai di Malaysia: Tabung Haji Travel & Tours (THTS), Andalusia Travel & Tours, Rayhar Travel & Tours, Jay Ibrahim Travel, dan Insaff Travel.

Tidak seperti pelayaran biasa, Aroya IslamiCruise menekankan keseimbangan antara hiburan, rehat dan pengisian jiwa. Dua tokoh terkenal, Ustaz Wadi Anuar (Malaysia) dan Ustaz Abdul Somad (Indonesia), akan membimbing jemaah dengan tazkirah, majlis ilmu, serta panduan ibadah sepanjang pelayaran.
Encik Suhaimi menambah, "Kita bukan hanya menjual umrah. Kita bukan mahu menjadi agen umrah profesional. Misi kami adalah menyediakan pengalaman pelayaran halal jarak jauh yang benar-benar halalan toyyiban – dari santapan halal, waktu solat berjemaah, hinggalah pengisian ilmu dan ibadah."
Menurut beliau lagi, pelayaran ini turut mesra tetamu bukan Muslim, yang boleh menikmati pelbagai aktiviti santai, hiburan bercirikan budaya, serta kemudahan rekreasi moden di atas kapal. Malah, Aroya IslamiCruise dengan kerjasama agensi umrah juga menawarkan pakej tambahan ke Al Ula di Arab Saudi – sebuah destinasi bersejarah yang terkenal dengan keindahan landskap dan nilai tamadunnya.

Bagi tetamu yang memilih suite atau kelas lebih tinggi, mereka akan mendapat akses kepada Keahlian Khuzama Club, satu simbol eksklusiviti yang memperkayakan lagi perjalanan. Keahlian ini membolehkan mereka menikmati keutamaan menaiki kapal lebih awal, disajikan dengan pengalaman santapan bertaraf istimewa, serta dilayan oleh perkhidmatan concierge peribadi.
Selain itu, tetamu juga berpeluang menyertai sesi kebudayaan eksklusif yang hanya disediakan untuk ahli, di samping menikmati aktiviti pelabuhan yang dirangka khas untuk memberikan sentuhan lebih peribadi dan bermakna sepanjang persinggahan.
Pelayaran ini bukan sekadar perjalanan fizikal, tetapi juga satu jambatan sejarah. Dari kisah nenek moyang yang berbulan lamanya di laut, kini generasi baharu berpeluang merasai semula "roh perjalanan" itu tetapi dalam suasana penuh selesa dan teratur.
"Kami yakin inisiatif ini akan menjadi penanda aras baharu dalam industri pelancongan halal. Dengan disiplin dalam pelaksanaan, rendah hati dalam perkhidmatan, serta keberanian dalam visi, Insya-Allah kita akan buktikan bahawa pelayaran halal jarak jauh bukan sahaja boleh dilaksanakan, malah boleh menjadi pengalaman yang luar biasa," ujar Suhaimi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



