Arora Beauty Spa Lancar 5 Cawangan Serentak, Cetus Revolusi Penjagaan Kulit Wajah Profesional

Lima cawangan baharu tersebut terletak di lokasi strategik iaitu Setia Alam, Ipoh, Seri Manjung, Seberang Jaya, dan Cyberjaya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Arora Beauty Spa
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama kecantikan tempatan, Arora Beauty Spa, melakar sejarah dalam industri kecantikan negara apabila melancarkan lima cawangan secara serentak di seluruh Malaysia

Langkah berani ini mencerminkan komitmen jenama tersebut dalam menawarkan solusi penjagaan kulit wajah bertaraf antarabangsa kepada masyarakat tempatan.

Lima cawangan baharu tersebut terletak di lokasi strategik iaitu Setia Alam, Ipoh, Seri Manjung, Seberang Jaya, dan Cyberjaya. Pembukaan ini membolehkan pelanggan merasai sendiri pengalaman rawatan spa profesional di samping mendapatkan analisis kulit wajah yang mendalam.

Pengasas Arora Skincare, Shahirra Shahrul Asmawi, menyifatkan pelancaran serentak ini sebagai anjakan positif untuk mendekatkan jenama Arora kepada pelanggan sebagai penyedia solusi kulit yang komprehensif.

"Arora sebelum ini sudah terkenal dengan rangkaian produk seperti ampoule, sabun pencuci, dan pelindung kulit yang dirumus khas. Produk kami menggunakan bahan semula jadi yang diimport dan telah melalui ujian makmal (R&D) yang ketat bagi memastikan ia selamat serta berkesan untuk semua jenis kulit," jelas beliau ketika majlis pelancaran.

SAYS.com
Image via Arora Beauty Spa

Standard rawatan antarabangsa tanpa 'paksaan' pakej

Berbeza dengan spa konvensional, Arora Beauty Spa memperkenalkan revolusi perkhidmatan yang lebih telus. Antara keunikan yang ditawarkan termasuk:

  • Analisis Kulit Berteknologi: Menggunakan mesin face analyzer untuk memahami keperluan kulit dengan tepat.
  • Rawatan Peribadi: Servis disesuaikan mengikut bajet dan keperluan kulit pelanggan.
  • Tiada Pakej Terikat: Pelanggan diberi kebebasan memilih servis tanpa tekanan untuk membeli pakej mahal, sekali gus memberikan pengalaman yang lebih tenang dan telus.


Majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran selebriti terkenal, Izara Aishah, serta pakar kesihatan, Dr. Muhamad Hazwan Nazri (Dr1 Share), yang memuji teknologi rawatan Arora yang setanding dengan standard luar negara.

SAYS.com
Image via Arora Beauty Spa
SAYS.com
Image via Arora Beauty Spa

Kejayaan melancarkan lima cawangan ini hanyalah permulaan. Arora kini merancang untuk melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa, termasuk Singapura, Brunei, Indonesia, sehingga ke Nigeria. Visi ini membuktikan produk dan perkhidmatan buatan Malaysia mempunyai daya saing yang tinggi di peringkat serantau dan global.

Sempena meraikan pembukaan besar-besaran ini, Arora Beauty Spa menawarkan baucer eksklusif bernilai RM175 khusus untuk 100 pelanggan pertama di setiap cawangan. Tawaran ini sah sehingga 28 Februari 2026 bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai rawatan premium pada nilai istimewa.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan produk, sila layari laman web di aroraskincarehq.com.my atau WhatsApp ke 017-993 7769.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: