Arab Saudi Sediakan Laluan Khas Untuk Jemaah Warga Emas & OKU Di Masjidil Haram

Alhamdulillah 🙂

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi memperuntukkan laluan khusus bagi warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di dalam Masjidil Haram

Menerusi laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA), penyediaan laluan itu bertujuan memudahkan pelaksanaan ibadah dan menyediakan persekitaran yang selamat lagi selesa.

Ianya turut dilakukan bagi meningkatkan rasa tenang dan khusyuk, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan agensi itu untuk menambah baik kualiti perkhidmatan kepada jemaah.

Menurut pihak berkuasa itu, laluan-laluan berkenaan disusun dengan teliti di lokasi strategik bagi memudahkan pergerakan serta mengurangkan kesulitan yang mungkin dihadapi kumpulan terbabit ketika masuk, keluar, atau bergerak di antara aras yang berbeza di Masjidil Haram.

SAYS.com
Image via Tabung Haji

Sebuah inisiatif daripada sebahagian daripada sistem perkhidmatan bersepadu yang dirangka

Difahamkan, peruntukan laluan itu adalah sebahagian daripada sistem perkhidmatan bersepadu yang dirangka untuk memenuhi keperluan warga emas dan golongan OKU serta memastikan akses lancar ke pelbagai kemudahan.

Langkah ini mencerminkan kesungguhan kepimpinan Arab Saudi dalam menyantuni tetamu Masjidil Haram mengikut piawaian tertinggi kemanusiaan dan perkhidmatan.

Pihak berkuasa itu turut menyeru semua pelawat dan jemaah umrah untuk merujuk panduan pandu arah di Masjidil Haram yang menunjukkan lokasi laluan, lif, dan perkhidmatan sokongan.

Kemudahan terbabit bertujuan membantu jemaah bergerak dengan lebih mudah dan selesa, terutama pada waktu puncak.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: