Apple Lancar ‘Tap To Pay’, Peniaga Tak Perlu Lagi Ada Peranti Terminal Bayaran Berasingan
Senang juga kalau macam ni!
Cover image via AppleFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Apple secara rasminya telah melancarkan Tap to Pay untuk pengguna iPhone di Malaysia
Ciri ini, yang tersedia mulai semalam, 22 April, membolehkan peniaga menerima pembayaran contactless tanpa perlu ada terminal pembayaran.
Dengan bekerjasama platform pembayaran dan pembangun, tujuan Apple memperkenalkan ciri ini adalah untuk memudahkan lagi urusan transaksi.
Perniagaan tidak bersaiz kecil hingga ke besar, daripada gerai tepi jalan hingga peruncit utama, kini tidak lagi memerlukan peranti terminal pembayaran berasingan dan menggunakan peranti mereka sendiri.

Untuk menggunakan ciri ini, peniaga memerlukan sekurang-kurangnya iPhone 11 atau peranti lebih baharu yang mempunyai perisian IOS terkini
Pelanggan hanya perlu meletakkan kad atau peranti mereka berhampiran iPhone untuk melakukan pembayaran dengan selamat menggunakan teknologi Near Field Communication (NFC).
Dengan privasi menjadi asas kepada reka bentuk Apple, transaksi disulitkan dan diproses menggunakan Secure Element.
Apple menyatakan bahawa ia tidak akan menyimpan nombor kad atau maklumat transaksi pada server atau peranti lain.

Sistem ini menyokong rangkaian utama seperti Visa, Mastercard dan MyDebit
Langkah ini secara efektifnya mengubah peranti iPhone di Malaysia menjadi hab pembayaran mudah alih dan selamat.
Apple mengesahkan bahawa ciri ini juga akan datang tidak lama lagi di Apple The Exchange TRX untuk pembayaran.
Pelancaran ini memastikan pemilik perniagaan kecil boleh mengambil pembayaran di mana sahaja mereka bekerja.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



