Aplikasi Threads Secara Rasminya Mengatasi Jumlah Pengguna X Bagi Peranti Mudah Alih
Walau bagaimanapun, bilangan pengguna X di 'desktop' masih lagi tinggi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Aplikasi Threads secara rasmi telah mengatasi X milik Elon Musk dalam kategori pengguna aktif harian pada peranti mudah alih
Menurut data daripada Similarweb, sehingga 7 Januari 2026, Threads mencatatkan 141.5 juta pengguna aktif harian di iOS dan Android, mengatasi 125 juta pengguna peranti mudah alih X.
Perubahan ini melihatkan pertumbuhan stabil selama berbulan-bulan untuk platform Meta, dengan penglibatan peranti mudah alih melonjak lebih 127% tahun ke tahun, merapatkan jurang dalam pasaran AS yang kompetitif.

Walaupun dilihat unggul pada peranti mudah alih, Threads masih jauh ketinggalan di belakang X dari segi kehadiran menerusi web
X mengekalkan pengguna desktop yang kukuh dengan kira-kira 145.4 juta kunjungan web setiap hari manakala Threads hanya mempunyai kira-kira 8.5 juta.
Perbezaan ini menunjukkan bahawa walaupun pengguna mudah alih semakin menerima pakai Threads sebagai aplikasi sosial harian, X kekal sebagai platform dominan untuk pelayaran berasaskan web.
Walau bagaimanapun, trend keseluruhan menunjukkan bahawa dominasi peranti mudah alih X semakin pudar, dengan pengguna peranti mudah alihnya di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkurangan separuh sejak setahun lalu.

Kebangkitan Threads dikaitkan dengan integrasi ekosistem strategik Meta dan pelancaran pantas ciri yang diminta pengguna
Dengan memanfaatkan pangkalan pengguna sedia ada yang besar melalui promosi di Instagram dan Facebook, Meta telah mengurangkan halangan untuk pendaftaran pengguna.
Platform ini juga telah berkembang menjadi persekitaran yang kaya dengan ciri, memperkenalkan fitur seperti komuniti berasaskan minat, permesejan, teks panjang dan juga permainan interaktif.
Dengan memberi tumpuan kepada suasana "lebih mesra" untuk pencipta kandungan, Threads telah berjaya memupuk tabiat harian yang lebih konsisten dalam kalangan pengguna peranti mudah alih.
Walaupun pertumbuhan Threads dilihat sebagai trend jangka panjang, kontroversi baru-baru ini melibatkan X telah mengubah landskap media sosial.
Penemuan bahawa AI daripada X, Grok, telah digunakan untuk mencipta imej deepfake tanpa persetujuan telah mencetuskan siasatan undang-undang peringkat tinggi di California, UK, EU dan Malaysia.
Walaupun isu-isu ini telah mendorong peningkatan untuk pesaing yang lebih kecil seperti Bluesky, Threads kekal sebagai alternatif paling hebat kepada X disebabkan oleh skala Meta yang besar dan usaha agresifnya untuk menguasai pasaran media sosial berasaskan teks.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 