Makin Ramai Yang Dah Mula Terjebak Dengan Sayat.me Ini, Apa Yang Menarik Sangat Ya?
Sayat ya bukan Sajat.
Cover image via SAYSSejak dari minggu lalu, ramai yang telah kongsikan link Sayat.me masing-masing di profil Instagram mereka
Image via Instagram
Jadi apakah aplikasi Sayat.me yang sedang trending di laman sosial ini?
Image via Domain
Sayat.me ialah sebuah aplikasi web yang menawarkan perkhidmatan percuma di mana ia membenarkan anda untuk memberi dan menerima *feedback* jujur secara *anonymous*. Menerusi aplikasi ini, anda dapat meluahkan perasaan dan berkongsi pandangan terhadap seseorang itu tanpa perlu bercakap ataupun menghadap mereka secara behadapan.
Berbanding dengan membuat penilaian ataupun meluahkan perasaan secara *face to face*, cara ini adalah lebih bagus untuk mengelak negativiti dan perselisihan faham. Dengan cara *anonymous* ini, ramai orang berpeluang untuk berkongsi pandangan terhadap sesuatu perkara.
Menurut pasukan Sayat.me, mereka berpendapat bahawa *feedback* yang jujur dapat membantu pengguna mengenali diri mereka dan membuka pandangan mereka terhadap diri sendiri sekaligus mengetahui bagaimana orang ramai melihat diri mereka. Aplikasi web ini memberi *input* kepada pengguna untuk mereka memperbaiki kelemahan diri masing-masing.
Bagaimana aplikasi ini berfungsi?
Image via Briffly
Di bawah ini adalah cara-cara menggunakan aplikasi web Sayat.me ini:
1. Layari laman web [Sayat.me](https://sayat.me/) dan mula daftarkan emel anda.
2. Pilih *username* dan juga URL yang bersesuaian.
3. Kongsikan URL anda di laman sosial yang lain seperti Instagram dan Twitter.
4. Tunggu untuk mereka tulis sesuatu tentang diri anda
5. Selamat membaca! Jangan sampai emosi tau.

