“Apa Yang Anwar Sentuh Semuanya Jadi Emas” – Ini Apa Terjadi Sepanjang Trump Di Malaysia

Donald Trump tiba di Malaysia pada Ahad, 26 Oktober 2025 sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Anwar Ibrahim (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Kuala Lumpur pada Ahad, 26 Oktober, untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 disifatkan sebagai sebuah lawatan singkat yang berjaya menarik perhatian global

Dalam lawatan itu, pertama kali dilakukan oleh presiden AS dalam tempoh sedekad, telah dipenuhi dengan detik-detik yang tidak dijangka dan momen bersejarah diplomatik.

SAYS.com
Image via Hasnoor Hussain/Pool Photo via AP

Berikut adalah semua momen-momen penting yang diperoleh daripada lawatannya ke Malaysia:

1. Tiba dengan bergaya dan mempamerkan gerakan tariannya

Menerusi laporan Bernama, Air Force One telah diberikan pengiring VIP oleh jet pejuang F/A-18 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika ia memasuki ruang udara Malaysia.

Sebaik sahaja mendarat di KLIA, Trump disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau dilihat berkongsi tarian riang bersama penari kebudayaan di atas karpet merah di samping mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan AS di hadapan kamera.

Permulaan kehadiran serba mesra beliau pada majlis sambutan itu telah menetapkan mood untuk baki lawatan Sidang Kemuncak ASEAN.

2. Menjemput Anwar untuk berkongsi perjalanan menaiki The Beast, biarpun melanggar protokol keselamatan

Dalam satu momen pengecualian daripada protokol keselamatan standard, Trump telah menjemput Anwar untuk menaiki limosin presiden berperisai bersamanya, yang digelar The Beast.

Kedua-dua pemimpin itu bergerak bersama dari KLIA ke lokasi Sidang Kemuncak ASEAN di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, dilihat sebagai simbol permulaan yang mesra antara mereka.

Anwar berkongsi bahawa beliau pada mulanya memberitahu Trump, "Itu melanggar peraturan keselamatan dan protokol." Walau bagaimanapun, presiden AS itu dikatakan "gembira untuk melanggar peraturan", yang kemudiannya mengundang ketawa daripada Trump dan orang ramai.

"Ia satu perjalanan yang bagus," kata Trump, sambil dipersetujui oleh Anwar yang tersenyum, "Ia satu perjalanan yang bagus."

3. Trump kelihatan leka ketika Anwar berseloroh tentang pengalaman mereka, termasuk ketika hampir masuk penjara

Semasa ucapan Anwar di sidang kemuncak itu, beliau memuji keberanian dan ketabahan Trump, sambil menambah bahawa untuk mencapai keamanan, "Anda perlu melanggar beberapa peraturan."

Beliau kemudian berkongsi momen santai, dengan menyatakan, "Kami berkongsi banyak persamaan. Saya berada di penjara, dia pula hampir masuk ke sana."

Berdasarkan video yang disiarkan oleh CNA, Trump dilihat terganggu, sedang dalam perbualan dengan individu lain apabila Anwar melontarkan jenaka itu, seolah-olah tidak menyedarinya.

Walaupun sdang dalam perbualan yang santai, Anwar meneruskan ucapannya, menekankan bahawa perbincangan mereka tertumpu pada mempromosikan dan mencapai keamanan komprehensif yang diperlukan oleh dunia, terutamanya di kawasan yang terjejas konflik seperti Gaza.

4. Menandatangani perjanjian perdagangan utama antara AS dan Malaysia

Antara objektif utama lawatan tersebut adalah untuk memperkukuh hubungan ekonomi. Menerusi laporan Bloomberg, Trump dan Anwar telah menandatangani perjanjian perdagangan dan pakatan mineral kritikal, satu langkah untuk meningkatkan perdagangan di seluruh Asia Tenggara dan bertindak balas terhadap akses ketat China kepada nadir bumi.

Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer berkata perjanjian perdagangan itu bertujuan untuk mengubah suai tarif dan halangan bukan tarif ke atas barangan dan perkhidmatan antara kedua-dua negara.

Perjanjian itu juga menyaksikan Malaysia dan AS secara rasmi meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP), menandakan era kerjasama baharu, kata Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dalam satu kenyataan.

SAYS.com
Image via Afiq Hambali, Izzuddin Abd Radzak

5. Memuji Anwar kerana menjadi perantara perjanjian damai bersejarah antara Thailand dan Kemboja

Salah satu pencapaian penting semasa sidang kemuncak berkenaan ialah pemeteraian Kuala Lumpur Peace Accords, perjanjian gencatan senjata yang diperluas antara Thailand dan Kemboja.

Kedua-dua Trump dan Anwar berperanan penting dalam menjadi orang tengah dalam konflik sempadan yang telah lama berlarutan. Trump sendiri menyatakan bahawa hasratnya untuk mengucapkan terima kasih kepada Anwar atas peranan Malaysia dalam proses damai merupakan sebab utama lawatannya.

"Saya menghubungi Anwar pada mulanya, dan berkata, anda tahu, anda mempunyai dua negara yang sedang berperang betul-betul di sebelah anda.

"Kita memerlukan lokasi ketiga. Kita memerlukan tempat yang neutral, bukan? Dan beliau ada di sana.

"Saya berkata kepadanya, 'Jika kita dapat menyelesaikan perkara ini, saya akan datang ke negara anda'. Dan saya mengatakan perkara yang benar, bukan?

"Saya rasa saya mempunyai kewajipan untuk datang kerana anda sangat hebat, Perdana Menteri (Anwar) memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu memanggil kedua-dua pihak untuk perbincangan di sini di Kuala Lumpur," katanya.

6. Dia memberi penghargaan kepada kepimpinan Perdana Menteri, malah mengatakan Anwar mempunyai 'sentuhan emas'

Sepanjang ucapannya, Trump berulang kali memuji pentadbiran Anwar, mengetengahkan kejayaan negara di pentas dunia.

Beliau secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada Anwar kerana menjadi tuan rumah sidang kemuncak itu, menggelarnya sebagai "orang yang hebat" dan mengakui bahawa ia merupakan "hari yang sangat berjaya untuk Malaysia".

Dalam satu momen yang tidak dapat dilupakan ketika Trump mengucapkan penghargaan kepada para pemimpin yang ada, Trump berkata:

"Anda pemimpin yang hebat. Anda orang yang luar biasa. Tenaga anda, kepintaran anda, semua yang anda lakukan.

"Saya katakan dengan jujur, semua yang anda sentuh bertukar menjadi emas. Dan anda boleh berbangga dengannya. Bahagian lain di dunia tidak seperti ini.

"Anda orang yang sangat istimewa, dan ia adalah tempat yang sangat-sangat istimewa. Terima kasih banyak-banyak. Ia satu penghormatan besar untuk bersama anda. Terima kasih," kata presiden AS itu.

7. Trump berkata beliau "100% menyokong Asia Tenggara"

Dalam ucapannya, Trump turut mengesahkan semula komitmen Washington terhadap Indo-Pasifik dengan mengatakan bahawa AS akan kekal sebagai rakan kongsi yang kukuh dan boleh dipercayai untuk rantau ini.

"Pesanan saya kepada negara-negara Asia Tenggara adalah AS bersama anda 100%, dan kami berhasrat untuk menjadi rakan kongsi dan sahabat yang kuat untuk generasi akan datang.

"Setahun yang lalu, kita berada dalam kedudukan yang berbeza. Sekarang, kita berada dalam kedudukan terbaik yang pernah kita alami.

"Ini adalah zaman kegemilangan AS. Bersama-sama, kita akan mewujudkan kemakmuran yang luar biasa untuk negara-negara di kedua-dua belah Lautan Pasifik dan merebut peluang baharu untuk semua rakyat kita," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: