Anjung Malaysiaku x Foodie Fiesta Tawar 300 Tempat Buat Peniaga Sempena Hari Malaysia & HUN 2025

Penganjur mengalu-alukan penyertaan vendor makanan, minuman, fesyen, kraf dan produk gaya hidup untuk menyertai festival ini.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, festival makanan dan gaya hidup terbesar di Lembah Klang Anjung Malaysiaku x Foodie Fiesta 2025 menyediakan hampir 300 lot niaga sempena sambutan Hari Malaysia dan Hari Usahawan Negara (HUN) 2025

Festival makanan, budaya, hiburan dan keusahawanan berskala besar yang dianjurkan oleh Raydiates Blue Sdn. Bhd. itu (Raydiates) dan penganjur bersama Foodie Media (KL Foodie) akan berlangsung dengan pelbagai aktiviti dan jualan bermula 12 September ini selama lima hari di pekarangan parkir Stadium Nasional Bukit Jalil.

Acara yang diadakan buat julung kalinya di ibu negara ini dianjurkan oleh Raydiates Blue dan penganjur bersama Foodie Media, dengan kerjasama Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM). Festival ini dijangka mensasarkan lebih 100,000 pengunjung menghimpunkan lebih 300 lot niaga melibatkan usahawan F&B, produk gaya hidup, kraf tempatan dan pelbagai jenama korporat.

SAYS.com
Image via Raydiates

Penyertaan vendor kini dibuka

Penganjur mengalu-alukan penyertaan vendor makanan, minuman, fesyen, kraf dan produk gaya hidup untuk menyertai festival ini. Tempat adalah terhad mengikut kategori dan akan diberikan kepada peserta yang mendaftar awal. Maklumat pakej booth dan pendaftaran boleh didapati melalui saluran media sosial festival.

"Anjung Malaysiaku X Foodie Fiesta 2025 bukan sekadar festival makanan, ia adalah platform untuk mengangkat usahawan tempatan, mempromosikan budaya Malaysia, dan merapatkan jurang antara komuniti perniagaan dan masyarakat bersempenan sambutan Hari Malaysia dengan sokongan dari Kementerian Pelancongan dan Seni Budaya (MOTAC).


"Kerjasama strategik dengan DPUM bersempenan Hari Usahawan Negara (HUN) 2025 memberikan nilai tambah kepada penganjuran ini kerana ia menghubungkan terus peserta dengan peluang perniagaan, jaringan usahawan dan akses pasaran yang lebih luas,"
kata Rayme Zainal, Pengarah Urusan, Raydiates Blue.

SAYS.com
Image via Raydiates

Untuk rekod, Anjung Malaysiaku X Foodie Fiesta dianjurkan Raydiates dan KL Foodie milik pempengaruh terkenal, Pinn Yang bagi menyokong HUN yang merupakan platform mega yang menghimpunkan ribuan usahawan, inovator, dan pemain industri dari pelbagai latar belakang, bidang, dan skala perniagaan.

Dengan tema Usahawan Nadi Negara, HUN 2025 bukan sahaja medan perniagaan malah menjadi pengalaman lengkap yang mempamerkan keindahan dan kepelbagaian Malaysia kepada dunia menerusi pelbagai aktiviti akan diadakan pameran perniagaan tempatan dan antarabangsa, forum dan perkongsian bersama ikon industri, pertandingan inovasi dan pitching pelaburan serta jaringan perniagaan.

SAYS.com
Image via Raydiates

Tambah Rayme, bagi mencipta kelainan, pihaknya akan mengadakan sesi Live Podcast bersama figura terkenal tanah air, aktivititi demo masakan dan penglibatan pempengaruh bakal menjadi antara tarikan utama bagi menarik pengunjung memandangkan tarikh festival merupakan cuti panjang hujung minggu selama empat hari.

Untuk info, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan 15 September ini sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena sambutan Hari Malaysia pada tahun ini bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia.

"Orang ramai tidak perlu bimbang kerana selain terdapat kemudahan stesen LRT untuk ke sana, terdapat banyak tapak parkir kenderaan disediakan di sekitar kawasan bagi menampung pertambahan jumlah pengunjung," ujarnya.

Sorotan Acara

– 300 lot niaga:
Menampilkan usahawan makanan, minuman, fesyen, kraf, produk tempatan & jenama terkenal.
– Pentas utama: Persembahan artis popular, sambutan ambang Hari Malaysia, pertunjukan kebudayaan dan hiburan interaktif.
– Program Keusahawanan & Hari Malaysia: Sesi bual bicara inspirasi (podcast), perkongsian pengalaman perniagaan, dan pameran inovasi.
– Foodie Experiences: Pertandingan memasak, demonstrasi chef selebriti dan menu edisi khas Hari Malaysia.
– Aktiviti keluarga & Fun Run: Zon kanak-kanak, bengkel seni dan aktiviti interaktif serta Fun Run.

Untuk pendaftaran vendor dan kerjasama penajaan boleh email ke [email protected] atau hubungi +6011-11433286 / +6013-5086807 / +6012-5518189.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: