Anjing Selamba Sandar Dekat Tuannya Sambil Tunggu Lampu Hijau Ini Curi Tumpuan Ramai
Nampak behave betul dia duduk situ ya.
Cover image via @wny.x (TikTok)Kucing dan anjing merupakan haiwan kegemaran ramai
Kecomelan dan tingkah laku haiwan berkenaan yang manja menyebabkan ramai yang menjadikannya sebagai haiwan peliharaan.
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki membawa anjing peliharaannya telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video perkongsian itu di bawah:
Anjing selamba baring atas motosikal sementara tunggu lampu isyarat
Menerusi video yang dimuat naik oleh @wny.x di TikTok, kelihatan seorang penunggang motosikal dirakam sedang menunggu lampu isyarat hijau di sebuah kawasan jalan raya.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah lelaki tersebut turut membawa anjing peliharaannya bersama-sama atas motosikal berkenaan. Anjing itu dilihat bersandar dengan selesa pada badan pemiliknya. Difahamkan, dia membawanya bersiar-siar menaiki motosikal.
Di akhir video berkenaan, lelaki itu dilihat perasan dengan kamera yang merakamnya menyebabkan dia tersenyum sambil mencium anjingnya.
Image via @wny.x (TikTok)
"Mesti tuan dia sayang dia sangat-sangat, besar-besar beruang tu pun tuan dia angkut naik moto" – Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 759.6K views, 103.6K likes dan 1,581 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut geram dengan kecomelan anjing baka golden retriever itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @wny.x (TikTok)
Image via @wny.x (TikTok)
Image via @wny.x (TikTok)
Image via @wny.x (TikTok)
Nampak selesa betul dia duduk atas motosikal tu ya 😀
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

