Angkat Kisah Trauma Ibu Bapa Bercerai, Lakonan Amir Nafis, Pekin & Mona Allen Dipuji Ramai
Iklan berjudul 'Battery Killer Raya' itu turut mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang memuji mesej mendalam disampaikan.
Cover image via @bateriku.com (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Iklan Hari Raya terbitan Bateriku.com yang menampilkan Amir Nafis, Pekin Ibrahim, dan Mona Allen mencuri perhatian apabila mengangkat kisah menyayat hati tentang trauma anak akibat perceraian ibu bapa
Video yang meraih hampir 230,000 tontonan di TikTok, iklan berjudul Battery Killer Raya itu turut dikongsikan semula di platform X, dengan ramai pengguna memuji mesej mendalam yang disampaikan.
Menjadi episod terakhir dalam siri Battery Killer, video ini akhirnya merungkai identiti sebenar watak misteri yang sering merosakkan bateri kereta setiap kali musim perayaan.
Image via @bateriku.com (TikTok)
Dalam penceritaan dramatik ini, Syawal digambarkan sebagai individu yang 'membunuh' bateri kereta orang lain setiap kali musim perayaan, berpunca daripada trauma masa kecilnya.
Dalam iklan ini, Syawal mengalami trauma selepas menyaksikan ibu bapanya bertengkar teruk ketika perjalanan pulang ke kampung pada musim Hari Raya 15 tahun lalu.
Punca pergaduhan mereka adalah masalah bateri kereta yang akhirnya membawa kepada perceraian. Kesan daripada insiden itu, Syawal membesar dengan perasaan dendam dan memilih untuk menyebabkan kesusahan kepada orang lain dengan merosakkan bateri kereta mereka.
Lakonan Amir Nafis, Pekin dan Mona Allen dapat pujian ramai
Iklan ini turut memaparkan kesan jangka panjang perceraian terhadap anak-anak. Syawal yang kini dewasa sering merasa kesepian setiap kali musim perayaan kerana keluarganya sudah tidak lagi lengkap.
Namun, dalam satu babak emosional, bapanya yang dilakonkan oleh Pekin Ibrahim akhirnya meminta maaf atas kesilapan lalu, menyedari pertengkaran mereka telah memberikan kesan mendalam kepada Syawal.
Di platform media sosial, warganet memuji keberanian iklan Raya ini dalam mengangkat isu serius seperti kesan perceraian dan kepentingan penyelenggaraan kenderaan menjelang musim perayaan.
Image via @bateriku.com (TikTok)
Image via @bateriku.com (TikTok)
Selain itu, ramai yang turut mengapresiasi kritikan sosial yang disampaikan dalam iklan ini. Rata-rata warganet berpendapat pertengkaran ibu bapa di hadapan anak-anak boleh meninggalkan kesan trauma yang berkekalan.
Mereka menekankan walaupun isu bateri kereta kelihatan remeh, ia boleh menjadi punca konflik besar dalam keluarga, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan.
Ada juga yang mengaitkan mesej iklan ini dengan peningkatan kes perceraian dalam kalangan selebriti dan influencer, di mana anak-anak sering menjadi mangsa keadaan apabila kisah peribadi ibu bapa dikongsikan di media sosial.
Dalam masa sama, ini sebagai satu peringatan buat ibu bapa agar tidak terlalu ego untuk meminta maaf kepada anak-anak. Mereka menegaskan anak juga mempunyai perasaan dan perlu diperlakukan dengan hormat, seperti mana orang dewasa mahu dihormati.
Image via @bateriku.com (TikTok)
Tonton video dan iklan raya daripada Bateriku.com di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


