Andmesh Kembali Temui Peminat Dalam Konsert ‘Andmesh Love Story’ Di Mega Star Arena 14 Februari Ini
Dianjurkan oleh DTC Entertainment Sdn Bhd, konsert ini dijangka menjadi salah satu acara muzik paling berprestij tahun ini.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penyanyi berjiwa besar dari Indonesia yang terkenal dengan vokal keemasannya, Andmesh Kamaleng, disahkan bakal kembali ke Malaysia untuk sebuah konsert solo istimewa bertajuk "ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati"
Konsert yang dinanti-nantikan ini dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 14 Februari 2026, bersempena dengan sambutan hari kekasih.
Dianjurkan oleh DTC Entertainment Sdn Bhd, konsert ini dijangka menjadi salah satu acara muzik paling berprestij tahun ini. Pemilihan tarikh 14 Februari dilihat sangat signifikan dengan imej Andmesh yang sinonim dengan lagu-lagu cinta yang mendalam dan tulus.
Andmesh, yang juga merupakan juara Rising Star Indonesia 2017, telah membina legasi kukuh sebagai antara vokalis paling berpengaruh di Nusantara. Lagu-lagu hits beliau seperti "Cinta Luar Biasa", "Hanya Rindu", dan "Kumau Dia" bukan sahaja mendominasi carta muzik serantau, malah meraih jutaan penstriman di pelbagai platform digital.

Malaysia jadi destinasi istimewa buat Andmesh
Menurut Andmesh, Malaysia sentiasa mempunyai tempat yang sangat istimewa dalam perjalanan seninya kerana tenaga dan sokongan padu yang diberikan oleh peminat tempatan.
"Konsert Suara Dari Ketulusan Hati ini sangat personal kerana ia membawa perjalanan muzik saya sejak awal hingga sekarang. Saya ingin peminat merasai setiap cerita di balik lagu-lagu saya," ujar beliau yang turut menjanjikan susunan muzik segar dan kejutan khas buat peminat di Malaysia.
Untuk rekod, setiap siri persembahan Andmesh di Kuala Lumpur sebelum ini sentiasa mencatatkan jualan tiket yang memberangsangkan, membuktikan kualiti vokal beliau yang sentiasa konsisten dan tidak pernah mengecewakan.

Peminat yang ingin menyaksikan persembahan emosi ini boleh mendapatkan tiket menerusi laman web www.ticket2u.com. Kategori tiket yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Kategori Tempat Duduk (Seating):
- VVIP: RM1,088
- Platinum: RM888
- Platinum Wing: RM728
- Diamond: RM688
- VIP: RM588
- Diamond Wing: RM488
- Gold: RM458
- Bronze: RM238
Kategori Berdiri (Standing):
- Silver: RM388

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



