Anda Sebenarnya Boleh Sewa Satu Kereta Api KTMB Untuk Perjalanan Persendirian, Wow!
Bayangkan, beraya dengan satu family besar dalam kereta api melancong satu negara!
Cover image via KTMBFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tahukah anda, anda boleh menyewa keseluruhan kereta api dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk perjalanan persendirian?
Perkhidmatan ini dikenali sebagai Charter Train, sebuah perkhidmatan kereta api sewa khas KTMB. Ia membolehkan penumpang menempah koc kereta api khas untuk perjalanan dan acara persendirian.
Menurut KTMB, perkhidmatan kereta api sewa khas ini telah pun tersedia sebelum ini lagi, menampilkan pelbagai koc bertema yang direka untuk memenuhi keperluan pelbagai penggunaan.
Penumpang boleh menyewa koc ini bersama rakan, keluarga atau syarikat mereka, bukan sahaja untuk perjalanan ke destinasi di seluruh Semenanjung Malaysia malah boleh merentasi sempadan ke Hat Yai, Thailand.
Beberapa koc kereta api yang berbeza tersedia untuk disewa, menjadikannya sesuai untuk perjalanan persendirian, acara korporat, mesyuarat perniagaan, aktiviti team-building atau majlis-majlis khas.

Salah satu pilihan paling eksklusif ialah Koc Selun Khas, yang direka untuk memuatkan sehingga enam penumpang
KTMB menyifatkan koc ini menawarkan suasana moden dan selesa untuk penumpang yang mencari pengalaman lebih peribadi dan kelas pertama.
Koc ini mempunyai bilik tidur utama dengan katil bersaiz queen dan bilik mandi en-suite, dua bilik tidur single, satu lagi bilik mandi, ruang makan, ruang istirahat lengkap dengan kemudahan karaoke dan pantri.




Selain Koc Selun Khas, KTMB juga menawarkan beberapa koc bertema lain bergantung pada jenis acara
Ini termasuk Koc Acara, yang boleh memuatkan 36 penumpang, Koc Santai untuk 50 penumpang, Koc Conference untuk 12 penumpang dan Koc Kafe yang mampu memuatkan sehingga 32 penumpang.
Menurut KTMB, setiap koc direka untuk memenuhi keperluan yang berbeza dan memberikan pengalaman perjalanan yang unik.
"Setiap koc adalah berbeza dan memenuhi keperluan unik, menjadikan perjalanan di seluruh Malaysia lebih menarik dan tidak dapat dilupakan.
"Anda boleh menyesuaikan masa perjalanan anda, memilih daripada laluan yang tersedia dan mengatur aktiviti di dalam kereta api," kata KTMB.

Koc Conference
Image via KTMB
Koc Santai
Image via KTMB
Koc Acara
Image via KTMBKos sewaan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk koc yang dipilih, jarak perjalanan, tempoh perjalanan dan sebarang perkhidmatan tambahan yang diminta
Menurut seorang netizen yang sebelum ini menempah Koc Selun Khas, perjalanan pergi dan balik dari KL Sentral ke Hat Yai dikatakan menelan belanja sekitar RM20,000.
Untuk enam penumpang, ia bersamaan dengan kira-kira RM3,333 seorang!
Walau bagaimanapun, tidak jelas berapa hari kereta api itu disewa, kerana jumlah kos mungkin berbeza-beza bergantung pada tempoh perjalanan.
Untuk maklumat lanjut, lihat katalog kereta api sewa penuh KTMB di SINI.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



